Secara tiba-tiba nama bekas Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang , Ir. Datuk Dr. Shaik Hussein Mydin mula didagangkan semula oleh konco-konco DAP di Pulau Pinang.Seolah-olah ada dendam kesumat yang masih belum dapat dijelaskan lagi oleh DAP maka nama Dr Shaikh sekali lagi cuba dimanipulasi oleh media pro DAP dan pembangkang.
Melalui saluran media sosial pro pembangkang satu laporan telah disiarkan dengan tajuk "PEMIMPIN UMNO PULAU PINANG MENGAKU FITNAH LIM GUAN ENG" merujuk kepada Dr Shaikh sebagai pemimpin UMNO tersebut dan ianya berkaitan dengan kes saman Guan Eng terhadap Dr Shaikh dalam isu dakwaan Guan Eng melakukan penipuan serta menerima rasuah daripada Pusat Pergigian Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIDC) yang dikaitkan dengan suatu projek pembangunan bercampur di atas sebidang tanah berhampiran Taman Manggis di Jalan Zainal Abidin Pulau Pinang.
Kes tersebut kemudiannya telah diselesaikan di luar mahkamah oleh kedua-dua belah pihak apabila Ketua Menteri, Lim Guan Eng menarik balik saman terhadap Datuk Dr Shaik Hussein Mydin di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
Guan Eng selaku plaintif bersetuju menarik balik saman tanpa sebarang syarat dengan kedua-dua pihak setuju untuk menanggung kos masing-masing. Persetujuan bersama itu dirakamkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Pulau Pinang , Datuk Nordin Hassan.
Yang pastinya dalam proses penghakiman yang direkod tidak ada menyebut bahawa Dr Shaikh membuat permohonan maaf atau sebarang pengakuan terhadap Guan Eng melainkan persetujuan untuk menarik balik kenyataan tersebut tanpa sebarang SYARAT daripada kedua-dua belah pihak !
Jelas tidak ada sebarang permohonan maaf atau sebarang pengakuan di buat oleh Dr Shaikh dan ternyata laporan yang disiarkan oleh media pro pembangkang itu adalah satu tindakan manipulasi isu untuk kepentingan politik yang mungkin digunakan untuk menutup isu panas membabitkan pertuduhan rasuah dan salah guna Guan Eng dalam pembelian banglo terlajak murah di Jalan Pirnhorn.
Malah persoalan seharusnya dilontarkan kembali kepada Guan Eng berdasarkan tarikh kes ini diselesaikan.Apakah ianya ada kaitan dengan proses pembelian banglo terlajak murah Guan Eng ?
Guan Eng membuat pembelian banglo terlajak murahnya dan dokumen penyerahan pembelian daripada pemilik Phang Li Koon telah ditandatangani pada tarikh 17 Ogos 2015 hanya sehari selepas itu pada 19 Ogos 2015 saman terhadap Dr Shaik ditarik balik ?
Apakah ada kebimbangan kes saman terhadap Dr Shaikh ini akan membawa kepada kebocoran atau terdedahnya proses pembelian yang menimbulkan keraguan banyak pihak ?
Malah disebabkan pembelian itu jugalah Guan Eng kini bakal dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan salah guna kuasa dan rasuah.
Tindakan licik ini dapat dilihat apabila penyelesaian kes saman terhadap Dr Shaikh ini dibuat atas terminologi Penghakiman Persetujuan yang membawa maksud penghakiman persetujuan adalah penyelesaian penuh dan muktamad atas kausa tindakan ini , lanjutan mana , kedua-dua pihak tidak akan ada sebarang tuntutan dan/atau memulakan sebarang tindakan baru antara satu sama lain berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan kes ini.
Adakah ini sebahagian daripada tindakan untuk menutup isu membabitkan pembelian banglo terlajak murah Guan Eng memandangkan Dr Shaikh dilihat punya keupayaan untuk membongkar isu terbabit ?
Malangnya Guan Eng barangkali terlepas pandang , penarikan balik saman daripada Dr Shaikh itu sebenarnya telah mendedahkan sekaligus proses pembelian banglo terlajak murah Guan Eng yang kini hanya menanti masa untuk dibicarakan di mahkamah.
Siapa masuk perangkap siapa sebenarnya ?
Selain daripada itu apa yang diwar-warkan oleh media pembangkang adalah berkenaan tindakan pihak Utusan Melayu Berhad yang bersetuju untuk penyelesaian luar mahkamah saman (salah lapor) yang dibawa terhadap penerbitan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Kedua-dua pihak bersetuju untuk penyelesaian dengan pegawai undang-undang penerbitan itu Siti Nurzulaikha Ibrahim membacakan permohonan maaf di Mahkamah Tinggi pada Rabu mengenai artikel yang disiarkan oleh akhbar itu pada 20 Ogos 2015.
Siti Nurzulaikha berkata artikel itu sepatutnya menyatakan bahawa Lim telah menarik balik samannya terhadap bekas Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Datuk Dr Shaik Hussein Mydin tanpa syarat selepas Dr Shaikh Hussein menarik balik tuduhannya bahawa Ketua Menteri adalah rasuah dalam artikel yang diterbitkan oleh akhbar itu pada 5 Okt, 2012.
Dalam artikel 2015, akhbar itu melaporkan bahawa Lim telah menarik balik samannya bagaimanapun, ia gagal untuk menyatakan bahawa ia dilakukan selepas Dr Shaik Hussein telah menarik balik tuduhannya tanpa syarat dan dengan suci hati.
Lim memfailkan saman terhadap Utusan Mac 2016.
Apa jua yang berlaku antara pihak Utusan dan Guan Eng ianya dilihat lebih kepada hal politik kerana ego Guan Eng untuk tidak dilihat sebagai pihak yang menarik balik saman.Itu adalah perkara biasa dalam satu-satu kes semacam ini.
Paling penting adalah perkara itu jelas dan ianya langsung tidak menyebut tentang sebarang pengakuan atau sebutan permohonan maaf daripada bekas Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang dan siapa jua yang cuba untuk memanipulasi isu ini sebenarnya punya agenda untuk cuba memburuk-burukkan pimpinan UMNO sedang hakikatnya Guan Eng sendiri sebelum ini tidak mahu kes ini berjalan di mahkamah apabila membuat keputusan untuk menyelesaikannya di luar mahkamah.
0 comments:
Post a Comment