Wednesday 5 April 2017

Adun Seberang Jaya Di Saran Bersikap Profesional - Nashrul Hisham


Merujuk kepada portal berita The Star Online yang tertulis ' Okay for rapist to marry victim, even some 9-year-old can marry" yang tular di media sosial sejak semalam , Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor , Saudara Nashrul Hisham hari ini tampil menyatakan rasa kesalnya terhadap tindakan pihak-pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk keuntungan politik semata-mata tanpa mengambil kira pengisian hujah tersebut.

"Jelas sekali semua kenyataan itu bercanggah dengan ucapan YB Datuk Shabudin Yahaya yang dalam celahannya di Dewan Rakyat mengatakan  pendirian berdasarkan pengalaman beliau sebagai Pegawai Agama"

"Dalam celahan membidas usul YB Kulai (DAP), YB Datuk Shabudin Yahaya telah menjelaskan bahawa tidak menyokong mana-mana perbuatan mahupun tindakan ROGOL kerana ianya merupakan satu kesalahan jenayah tetapi ungkapan "boleh kahwin" merujuk kepada STATUTORY RAPE iaitu asalnya consesual rape tapi menjadi kesalahan rogol disebabkan faktor bawah umur."

Nashrul merujuk kenyataan dalam laman sosial twitter YB Dr Afif Bahardin yang mengatakan " kalau anak dia sendiri, would he allow? Notion of allowing a rapist to marry his victim just to show how sick is the mind of this UMNO goons.

Kenyataan dari ADUN Seberang Jaya ( PKR ) itu dilihat amat keanak-anakan dan berbau politik memandangkan beliau sebagai seorang profesional merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang seharusnya berfikir dan bersikap lebih matang.

Selaku Ahli Yang Berhormat merangkap ADUN Seberang Jaya , DR Afif perlu bijak mengkritik  dan menepati kriteria sebagai seorang pemimpin bukannya sekadar mencari populariti politik murahan.

Apa yang saya lihat tindakan Adun Seberang Jaya ini yang terburu-buru bertindak tanpa memahami pengisian hujah yang dibuat hanyalah taktik adu domba pemimpin pembangkang untuk memusnahkan reputasi pimpinan kerajaan khususnya UMNO.

Mohd Nashrol Hisham Abdullah
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor

0 comments:

Post a Comment