Wednesday 19 April 2017

Ambil Tahu Senario Politik Kepala Batas - YB Dato Roslan Saidin


Kenyataan Media
Dato Roslan Bin Saidin
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
Kawasan Pinang Tunggal

Rabu 19 April 2017

Kenyataan Pengerusi PPBM Pulau Pinang, Haji Marzuki Haji Yahaya bertarikh 18 April 2017 adalah dirujuk.

“Sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas saya terpanggil untuk memberi maklum balas terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi PPBM Pulau Pinang tersebut.”

“Saya berpandangan Sdr Haji Marzuki tidak mengetahui senario sebenar politik di Kepala Batas atau dia sengaja tidak mahu menerima hakikat sebenar kekuatan UMNO di Kepala Batas.”

“Kita sentiasa mengikuti perkembangan dan segala aktiviti parti-parti pembangkang termasuk PPBM di kawasan Parlimen Kepala Batas dan UMNO Kepala Batas tidak sama sekali bimbang dengan keujudan PPBM di Kepala Batas. Kita sentiasa ambil maklum pergerakan parti-parti pembangkang dalam kawasan.”

“PPBM Kepala Batas adalah satu di antara 3 bahagian PPBM di Pulau Pinang dan di antara puluhan Bahagian-bahagian PPBM di seluruh negara yang menghadapi masalah dalam pelantikan Ketua Penaja Bahagian kerana ketiadaan calon yang berwibawa untuk dilantik atau masalah jumlah keahlian yang kecil. Malahan kita juga maklum pelantikan Ketua Penaja PPBM Kepala Batas hanya dapat dibuat pada 31 Mac 2017 lalu setelah segala usaha untuk memujuk bekas-bekas pemimpin UMNO Kepala Batas untuk menyertai PPBM gagal.”

“Sebagai kawan lama, saya ingin menasihati Sdr Marzuki Yahaya untuk terlebih dahulu mendapatkan persetujuan parti-parti utama dalam Pakatan Harapan (DAP dan PKR), kerusi-kerusi manakah yang akan diberikan kepada PPBM untuk bertanding dalam PRU yang akan datang. Selesai dahulu masalah pembahagian kerusi dengan sekutu politik PPBM sebelum memasang angan-angan nak bertanding dalam Pilihanraya Umum akan datang.” 

Terima kasih.

0 comments:

Post a Comment