Wednesday 19 April 2017

Di Tuduh Desperado - Guan Eng Patut Rujuk Jabatan Agama


Ketua Menteri Lim Guan Eng patut merujuk Jabatan Agama Islam Pulau Pinang berhubung peruntukkan kebenaran berkahwin di bawah umur 16 tahun dengan syarat tertentu sebelum menuduh Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya sebagai ‘desperado’ mempergunakan isu agama.

Menurut Shabudin, Seksyen 8 dan Seksyen 18 Enakmen Keluarga Islam Negeri P. Pinang amat relevan dengan isu yang dibincangkan.

“Soalan saya spesifik kepada Guan Eng mengenai pendirian beliau tentang seksyen itu yang memperuntukan kebenaran berkahwin di bawah umur 16 tahun ( umur kanak-kanak) dengan syarat tertentu,”.

“Jangan kata saya desperado menggunakan agama untuk selamatkan diri. Saya bercakap atas fakta, jawab cara faktalah,” kata Shabudin kepada BNBBC.my portal.

Beliau mengulas kenyataan Guan Eng yang  menggelarkannya sebagai ‘desperado’ apabila mendakwa Shabudin menggunakan agama bagi menyelamatkan diri sendiri.

“Beliau (Shabudin) mesti sangat terdesak untuk mengatakan bahawa gerakan yang dirancang untuk mengutuknya di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang disamakan dengan perbuatan mengecam undang-undang keluarga Islam.

“Ia adalah satu percubaan yang sangat tidak jujur ​​untuk membawa masuk agama dan menyelamatkan dirinya,” kata Guan Eng pada sidang akhbar di pejabatnya di Komtar, Selasa.

Tindakan kerajaan negeri itu sebagai tentangan kepada kenyataan Shabudin di Dewan Rakyat baru-baru ini berhubung isu supaya perogol dibenarkan berkahwin dengan mangsa termasuk yang di bawah umur.

Menurut Shabudin lagi, enakmen yang beliau maksudkan amat relevan dengan isu yang dibincangkan dan Guang Eng jika tidak faham, boleh bertanya kepada Jabatan Agama Islam negeri.

“Jangan asyik pusing2-pusing dan jadikan modal politik sahaja,” jelas beliau.

Sebagai Ketua Menteri, Guan Eng tegasnya perlu lebih bijak memahami undang-undang dan peraturan hidup pelagai masyarakat Malaysia dan tidak mengikut emosi semata- mata atau bermain politik.

0 comments:

Post a Comment