Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng sekali lagi membangkitkan isu membabitkan tanah milik agensi kerajaan persekutuan PERDA yang dikatakan gagal di jawab oleh agensi itu sejak setahun yang lalu.Dalam kenyataannya yang disiarkan di blog limguaneng.com serta facebook DAP Pulau Pinang itu , Lim Guan Eng didapati mengulangi persoalan yang sama seperti mana yang dibangkitkan beliau sebelum ini.
Kenyataan yang disiarkan pada tarikh 17 April 2017 itu membangkitkan persoalan berbunyi Lebih Setahun, PERDA Masih Tidak Jawab Dalam Skandal Kerugian RM15.2 Juta Dalam Penjualan Tanah Tanpa Tender Terbuka Dan Mengapa Hanya Memohon Membina 27 Buah Rumah Kedai Dan Tidak Ada Sebuah Pun Rumah Kos Rendah?
Walaubagaimanapun isu yang dibangkitkan oleh Lim Guan Eng itu dilihat banyak pihak sebagai satu lagi tindakan terdesak daripada pemimpin DAP itu untuk menyerang Ahli Parlimen Tasek Gelugor , YB Datuk Shabudin Yahya memandangkan banyak pendedahan membabitkan kelemahan dan kepincangan kerajaan negeri Pulau Pinang telah didedahkan oleh YB Datuk Shabudin sehingga Lim Guan Eng dihadapkan ke mahkamah dengan pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa.
Lim Guan Eng barangkali sengaja atau terlupa bahawa persoalan terbabit sudah pun dijawab oleh PERDA setahun yang lalu bertarikh 1 April 2016 yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian.
Dalam kenyataan itu Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) , membidas kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang mendakwa agensi itu menjual tanah di Tok Keramat, Seberang Prai Selatan (SPS), bawah harga pasaran.
Pengerusi PERDA, Datuk Shabudin Yahaya, berkata Guan Eng terlalu terburu-buru dalam isu itu, serta dinasihatkan supaya melihat perkara berkenaan dalam skop lebih luas dan bukan hanya membuat perbandingan harga semata-mata.
Shabudin berkata, tanah berkenaan dipecah kepada beberapa lot kecil sebanyak 240 lot yang diluluskan dalam Pelan Kebenaran Merancang untuk membina rumah kos rendah pada 1988.
"Projek pembangunan ini sudah terbengkalai sejak 30 tahun lalu kerana masalah mendapan. Malah, sebanyak 107 rumah fasa 1 yang sudah dibina di terpaksa dirobohkan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata, selepas membuat kos analisa keuntungan, projek ini dilihat sebagai liabiliti untuk dibangunkan yang mana PERDA akan menanggung kerugian sebanyak RM10 juta jika diteruskan.
"PERDA memutuskan bahawa hasil jualan tanah itu hendaklah digunakan untuk membeli tanah ganti di dalam kawasan SPS dan terkini kami sudah pun berurusan untuk membeli sebidang tanah berkeluasan 4.8 hektar untuk membina lebih banyak rumah kos rendah," katanya.
Mengulas lanjut, Shabudin berkata, PERDA sedia maklum mengenai mengenai nilai semasa tanah berkenaan, tetapi nilai semasa didakwa Guan Eng itu adalah nilai sekitar.
Justeru, PERDA menjual tanah ini dengan meletakkan syarat kepada pemaju supaya membangunkan lebih banyak rumah kos rendah dan mampu milik berharga RM42,000 hingga RM72,000 selain tidak boleh melebihi RM200,000.
"Oleh itu hendaklah difahami bahawa nilaian keuntungan RM15 juta yang sepatutnya diperoleh PERDA diagihkan faedahnya kepada 250 pembeli melalui harga jualan rumah yang jauh lebih rendah. Tindakan itu selari dengan peranan PERDA untuk membantu rakyat dan bukan untuk mengaut keuntungan" katanya.
Beliau berkata, sekiranya PERDA menjual tanah berkenaan mengikut nilai semasa maka rumah yang dibina akan dijual pada harga antara RM400,000 hingga RM500,000. sumber - Berita Harian 1 April 2016.
Tindakan Lim Guan Eng yang cuba membangkitkan kembali isu yang telah dijawab oleh PERDA ini secara tidak langsung telah membuktikan betapa kerajaan negeri Pulau Pinang tidak peka dengan perkara-perkara berbangkit malahan Guan Eng sepatutnya berasa malu kerana apa yang telah beliau lakukan ini adalah satu lagi pembohongan secara terang-terangan yang lebih tersasar kepada misi balas dendam.
0 comments:
Post a Comment