Monday 3 April 2017

Harap PAS Tidak Musuhi UMNO


Mengambil kira pendekatan kedua-dua parti antara PAS dan UMNO pada hari ini , ramai yang mengharapkan agar hubungan yang terjalin itu diteruskan.Walaupun ada perbezaan di antara kedua-duanya atas dasar tertentu ianya dilihat sebagai pencetus kepada sesuatu yang lebih baik khususnya melibatkan kedudukan orang-orang Melayu dan agama Islam itu sendiri.

Kerakusan parti-parti politik pembangkang yang bersama dalam Pakatan Harapan pada hari ini yang menjadikan amalan fitnah sebagai senjata politik untuk menjatuhkan kerajaan BN sebenarnya telah memberikan impak negatif bukan sahaja kepada kedudukan ekonomi negara tetapi ianya sudah sampai ke peringkat menggugat kedudukan agama Islam itu sendiri.

Mengambil contoh di Pulau Pinang , akibat daripada penguasaan secara maksima parti DAP terhadap tampuk pemerintahan kerajaan negeri maka sudah berlaku isu membabitkan campur tangan kerajaan negeri terhadap Majlis Fatwa di bawah Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang sudah pun sampai ke peringkat PAS bakal mengambil tindakan saman terhadap kerajaan DAP Pulau Pinang.

Mengapa keadaan ini berlaku ?

Sudah tentunya akibat daripada kelemahan parti-parti politik berteraskan Melayu dan Islam yang tidak mampu untuk menghalang campur tangan sebegitu kerana tidak punya penguasaan dalam kedudukan kerusi yang membolehkan hal-hal membabitkan agama Islam khususnya dipertahankan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang dalam kenyataannya yang disiarkan oleh portal utusan online berkata Pas negeri diharap tidak menjadi musuh politik Barisan Nasional (BN) dan UMNO setelah menamatkan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR negeri ini.

Walaupun tiada sebarang perbalahan antara UMNO dan Pas, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, kedua-dua parti itu seharusnya dapat mengekalkan perpaduan yang terjalin terutama dalam membela kepentingan Islam dan Melayu.

“Pada masa ini, kita hanya tunggu keputusan parti di peringkat Pusat yang akan menentukan hala tuju kerjasama kedua-dua parti ini demi kesejahteran umat Islam dan orang Melayu,” katanya selepas merasmikan penutupan Festival Mahsiswa Pulau Pinang di Universiti Sains Malaysia (USM), di sini pagi tadi.

Semalam, semua 13 kawasan Pas negeri ini sebulat suara meluluskan usul menamatkan kerjasama politik dengan PKR dalam mesyuarat agung tahunan masing-masing. - UTUSAN ONLINE 

Dalam pada itu kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda PAS baru-baru ini dilihat sebagai permulaan yang baik dan seiring dengan hasrat yang disuarakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang.

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, mengingatkan ahli pergerakan itu supaya jangan memusuhi UMNO sehingga hari akhirat atau menjadikan ahli parti pemerintah itu seteru sepanjang hayat.  

Beliau sebaliknya meminta ahli pergerakan itu supaya mendekati ahli dan parti UMNO yang menunjukkan minat menguatkuasakan Islam dalam seluruh kehidupan dan hanya bermusuh jika menunjukkan sikap penentangan terhadap Islam.  

Nik Abduh bagaimanapun menolak sebarang kemungkinan PAS akan menjalinkan kerjasama politik dengan UMNO dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). 

"Saya minta ahli PAS berfikir lebih jauh ke depan. Perjuangan Islam bukan soal PAS-UMNO, ia adalah soal bagaimana nak bawa agama ini diterima dalam masyarakat. 

"Kita tahu jika PAS sahaja yang mahu kepada Islam dan orang lain tak nak, jadi tidak ke manalah. 

"Jadi, saya minta Pemuda PAS berfikir lebih besar dan jangan hanya berkisar antara PAS dan UMNO sahaja. Jika hanya fikir PAS-UMNO, PAS-UMNO, akan jadi macam PAN (Parti Amanah Negara), anggap UMNO musuh sampai akhirat," katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan Pemuda PAS Perak, di sini, hari ini. Berita Harian 

0 comments:

Post a Comment