Tuesday 11 April 2017

Karikatur Menghina - Pemuda UMNO P.Pinang Buat Laporan Polis


Kenyataan Media Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang berkenaan Isu Karikatur yang disiarkan dalam Akhbar Nan Yang 

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang telah membuat satu laporan polis berkenaan dengan karikatur yang disiarkan dalam Akhbar Nan Yang kelmarin Isnin 10/4/2017.

Jika dilihat karikatur menggunakan dua ekor monyet sebagai subjek utama di mana seekor dilihat seolah-olah sedang memakai serban. Perkataan RUU355 juga tertera dengan jelas dalam karikatur tersebut.

Kami mensyakki bahawa karikatur ini merujuk kepada Pembentangan Pindaan RUU355 pada Sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.

Kami berpandangan jika dilihat karikatur ini membawa pengertian yang berunsur penghinaan kerana menggunakan monyet sebagai 'pelakon' utama. 

Mungkin monyet yang memakai 'serban' merujuk kepada pembentang usul pindaan RUU355 iaitu Tn Guru Hadi Awang dan sekiranya benar karikatur tersebut seolah-olah menyentuh sesitiviti agama Islam kerana kita sudah sedia maklum lazimnya serban dikaitkan dengan seorang yang beragama Islam dan golongan ulama. Penggunaan monyet adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.

Adakah pelukis karikatur tersebut mempunyai tujuan untuk memepersendakan golongan ulama dan orang Islam secara amnya?

Adakah Akhbar Nan Yang yang menyiarkan karikatur tersebut mempunyai tujuan untuk memepersendakan golongan ulama dan orang Islam secara amnya?

MESKIPUN dikhabarkan bahawa Akhbar Nan Yang telah menyiarkan permohonan maaf tetapi sesiapa yang terlibat dalam pembikinan dan penyiaran karikatur tersebut perlu bertanggungjawab dan tindakan perlu diambil di bawah undang-undang sedia ada.

Malaysia adalah merupakan sebuah negara berbilang agama dan bangsa di mana perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti agama yang berlainan perlu dielakkan. Kami percaya bahawa majoriti rakyat Malaysia tidak rela dengan tindak-tanduk segelintir yang cuba untuk membangkitkan isu-isu yang menyentuh sesitiviti agama.

Perbuatan segelintir individu yang tidak bertanggungjawab sekiranya tidak dikekang dan dibendung, ianya akan dilihat seolah-olah sebagai persetujuan untuk mereka terus membangkitkan isu-isu agama. 

Janganlah kita membiarkan mereka ini mengambil kesempatan dan memporak-perandakan keharmonian negara kita.

Oleh yang demikian kami Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang memohon agar pihak Polis untuk menyisat perkara ini dan seterusnya tindakan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab.

11/04/2017



0 comments:

Post a Comment