Wednesday 26 April 2017

Kenaikan Tarif Air , Kerajaan Negeri P.Pinang Manipulasi NGO


Balik Pulau - Cadangan kenaikan tarif air oleh kerajaan negeri Pulau Pinang baru-baru ini telah mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah dari kalangan pemimpin UMNO.

YB Datuk Shah Headan Ayob Hussain , Adun BN Teluk Bahang berkata beliau terkejut dengan tindakan kerajaan negeri apabila membuat keputusan untuk menaikkan tarif air sekali lagi.Dalam tempoh masa 8 tahun ini 4 kali kenaikkan telah berlaku dan kenaikkan kali ini adalah 100%.

Beliau tidak menjangka perkara sebegini boleh berlaku dan turut membandingkan manifesto pilihanraya Pakatan Rakyat yang lalu untuk tidak menaikkan tarif air sebagai satu pembohongan dan menyamakan Pakatan Rakyat sebagai “Price Raise” harga naik.

YB Shah Haedan menambah implikasi daripada kenaikan tarif air ini akan menjadi penyebab kepada peningkatan harga barang keperluan.

“Saya nampak kesan daripada keputusan ini akan menyebabkan harga makanan di kedai dan restoran akan turut meningkat dan ini pastinya akan menjejaskan nama baik Pulau Pinang sebagai destinasi pilihan pelancong kerana kemasyuran makanannya yang pelbagai sehingga terkenal sebagai “Food Heaven” dan sudah tentu keputusan kerajaan negeri dibuat tanpa pertimbangan yang sewajarnya.”

“Bagi saya ini satu perkara yang rakyat Pulau Pinang kena sedar , kena ambil daripada iktibar ini dan kena bagi signal kepada kerajaan negeri mereka diberi kesempatan mentadbir bukan untuk mengambil kesempatan kepada rakyat dengan alasan-alasan yang tidak munasabah.”

Ahli Dewan Undangan Negeri Teluk Bahang itu kemudiannya menuntut kerajaan negeri Pulau Pinang supaya mendedahkan nama-nama NGO yang dikatakan telah mendesak kerajaan negeri supaya menaikkan tarif air.

“Saya minta kerajaan negeri senaraikan NGO-NGO ini , kita nak tahu mana satu NGO di Pulau Pinang ini yang boleh mendesak untuk menaikkan tarif air dengan alasan untuk membimbing dan membentuk rakyat ?

“NGO-NGO ini perlu tampil ke hadapan dan kita nak berdialog dengan mereka secara rasionalnya , Saya tuntut Ketua Menteri senaraikan NGO-NGO ini dan saya percaya semua rakyat nak tahu siapakah pengerusinya dan berapa ramaikah ahli dia dan apakah kajian dari segi pendidikan yang di buat oleh NGO-NGO berkenaan sehingga kerajaan negeri ketakutan dan terpaksa mengambil tekanan daripada NGO-NGO ini untuk menaikkan harga air ?

Beliau menambah sekiranya Ketua Menteri tidak dapat memberi tahu nama-nama NGO ini maka kerajaan negeri hanya mengada-adakan cerita ini.

"Kalaulah kerajaan negeri yang diketuai oleh Ketua Menteri mengada-adakan cerita ini maka saya minta rakyat beri signal ataupun kena buat penolakan kepada kerajaan negeri yang menyembunyikan fakta yang ditukarkan kepada auta."

0 comments:

Post a Comment