Thursday 6 April 2017

Kerajaan P. Pinang Abai Nasib Rakyat ?


PULAU PINANG - Kerajaan negeri diselar ke­rana seolah-olah hanya meng­utamakan projek me­ga seperti Pelan Induk Pengangkutan (PIP) negeri 2015-2065 tanpa mempedulikan nasib rak­yat yang sering berdepan masalah banjir.

Pengerusi Majlis Tindakan Per­­sekutuan negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, kerajaan DAP Pulau Pinang sepatutnya menyediakan pelan alternatif bagi menyelesaikan masalah banjir yang dipercayai berpunca daripada pembangunan tidak terkawal di negeri ini.

Sambil membidas tindakan ke­rajaan negeri yang bersungguh-sungguh menjayakan projek tambakan laut bernilai lebih RM46 bilion, Zainal Abdidin berkata, pihaknya mencabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng menyediakan pelan alternatif yang bernilai kurang RM1 bilion.

“Kerajaan nege­ri perlu menyediakan garis panduan pem­bangunan yang lebih terancang terma­suk berusaha me­nge­kal­kan ekosistem dan sistem perparitan yang lebih efisien.

“Tiada guna bersungguh-sungguh menjalankan projek mega tetapi rakyat sering menghadapi banjir disebabkan masalah ‘dirancang’ pemaju yang mendapat kelulusan pembangunan dengan mudah daripada kerajaan negeri,” katanya kepada pembe­rita di sini baru-baru ini.

Menurut Zainal Abidin, tanggungjawab memimpin negeri perlu dilaksanakan dengan penuh dedikasi oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang memandangkan parti itu sering mencari kesalahan semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

“Kita perasan ke­adaan di negeri ini semakin teruk dan kerajaan nege­ri menghebohkan perkara yang baik-baik sahaja sebalik­nya tidak mene­liti masalah yang berpunca daripada pe­rancangan mereka,” dakwanya.

Bagaimanapun, kata beliau, Kerajaan Persekutuan sentiasa komited menyediakan kepakaran menyelesaikan masalah banjir di negeri ini tetapi dalam masa sama kerajaan negeri ini perlu berusaha menyelesaikannya terlebih dahulu.

“Sepanjang 10 tahun lalu, Ke­rajaan Persekutuan membelanjakan kira-kira RM1 bilion setiap tahun kepada negeri ini bagi memastikan masalah banjir dapat diselesaikan,” jelasnya.

sumber - utusan 

0 comments:

Post a Comment