Penasihat DAP Lim Kit Siang dicabar berundur dari jawatanya memandangkan kepimpinan beliau masih gagal menumbangkan Barisan Nasional.
Cabaran berkenaan dibuat Senator Khairul Azwan Harun atau dikenali Azwan Bro yang mengesa Kit Siang digantikan dengan individu lebih berwibawa.
“Saya cabar Kit Siang letak jawatan dan beri pada pemimpin DAP lain seperti Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw.
“Kit Siang sudah beberapa kali cuba kalahkan BN dalam PRU, tapi sampai PRU-13 masih gagal. Pemimpin yang gagal selalunya akan ditukar, tapi tidak dengan Kit Siang, dia masih lagi jadi pemimpin kanan sampai kini,” kata beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO di lobi Parlimen, Rabu.
Kit Siang, 76 memegang jawatan penasihat sejak tahun 2004 selepas enggan dilantik semula sebagai Pengerusi parti serpihan PAP itu.
Beliau mula menjadi ahli parlimen pada 1969 selepas memenangi kerusi parlimen Bandar Melaka serta mendominasi jawatan Setiausaha Agung parti pada tahun yang sama sehingga zaman reformasi 1999.
Sementara itu, seperti pemimpin BN lain, Khairul Azwan tidak terkecuali mempersoalkan mengapa Ahli Parlimen Gelang Patah itu tidak dilantik menjadi Pengerusi Pakatan Harapan, walaupun mempunyai kerusi paling banyak berbanding pembangkang yang lain.
Terdahulu, dalam ucapan usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara, beliau mengesa kerajaan BN memberi fokus terhadap golongan pengundi berusia 21 hingga 30 tahun dalam agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50),
“Mengikut data SPR, golongan bakal keluar mengundi kali pertama berusia 21 hingga 30 tahun merangkumi 14 peratus berbanding sembilan peratus pada PRU-13.
“Jadi kerajaan perlu berdepan dengan mereka, mendengar kehendak mereka, apa aspirasi mereka agar mereka turut terlibat dalam pembuatan dasar dan keputusan dalam pembangunan negara,” katanya lagi.
0 comments:
Post a Comment