Thursday 6 April 2017

Media Pro Pembangkang Biadap Dan Tidak Beretika


KUALA LUMPUR April – Biadap dan tidak beretika… itulah yang boleh digambarkan sikap pengamal media pro pembangkang.

Ini jelas kelihatan apabila mereka menyerbu Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya kerana ingin mendapatkan maklum balas berkaitan kenyataan beliau berkaitan isu rogol di Dewan Rakyat yang sedang hangat diperkatakan.

Apa yang lebih memualkan adalah soalan-soalan yang dilemparkan jelas satu provokasi dan tidak beretika.

Datuk ada ada anak perempuan… bagaimana kalau anak Datuk kena rogol… Adakah Datuk menyesal dan adakah Datuk akan letak jawatan adalah antara soalan-soalan yang diasak berulang kali kepada Shahbudin.

Walaupun kenyataan media telah diedarkan namun mereka tetap mahu mendapatkan kenyataan daripada Shabudin.

Kerana sikap tidak beretika sebeginilah baru-baru ini Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat ketetapan tidak membenarkan wakil media berkumpul di luar ruang legar dewan persidangan walaupun sebagai persediaan untuk mendapatkan ulasan Ahli Parlimen atau anggota Kabinet. – MediaUMNO

0 comments:

Post a Comment