Thursday 6 April 2017

Pemuda BN Pulau Pinang Edar 500 Botol Minyak Masak


BUTTERWORTH: Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri, hari ini, mengedarkan sebanyak 500 botol minyak masak satu kilogram (kg) secara percuma kepada orang ramai di tapak pasar malam Seberang Jaya, di sini. 

Program anjuran bersama BN Permatang Pauh yang sepatutnya berlangsung jam 5.30 petang itu, diawalkan berikutan orang ramai mula berkumpul di kawasan berkenaan bagi menantikan pemberian minyak masak percuma itu, sejak jam 4 petang. 

Ketua Pemuda BN negeri, Hng Chee Wey, berkata pihaknya tidak menyangka program pemberian minyak masak percuma yang dilancarkan itu mendapat sambutan menggalakkan dengan hanya 15 minit semua botol selesai diagihkan. 

Turut hadir, Ketua UMNO Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said dan Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh, Abu Bakar Sidekh Zainol Abidin. 

Chee Wey berkata, selain program pemberian minyak masak, pihaknya juga akan mengadakan program bayaran tol secara percuma untuk 2,000 motosikal pada 5 Mei ini di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang. "Program itu akan berlangsung selama dua jam iaitu bermula pada jam 7 hingga 9 pagi," katanya.

sumber - Berita Harian 




0 comments:

Post a Comment