Monday, 3 April 2017

Pemuda BN Tampil Bantu Rakyat


Pemuda BN Negeri Pulau Pinang telah menggerakkan seluruh jenteranya termasuk Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang untuk turun mendekati dan menyumbang kepada masyarakat setempat.Program sumbangan yang digerakkan di semua peringkat itu tercetus daripada seruan Jom Bantu Rakyat oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain memberikan minyak petrol percuma , program ini turut melibatkan pemberian minyak masak secara percuma kepada masyarakat di kawasan masing-masing tanpa mengambil kira fahaman politik.

Bercakap kepada pemberita selepas mengedarkan minyak masak di Pasar Awam Jelutong , Ketua Pemuda BN Pulau Pinang Hng Chee Wey berkata, program itu bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup penduduk terutama dari segi keperluan harian.

“Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita mesti mempunyai pandangan yang jauh dari semasa ke semasa dan bukan hanya pandai bermain politik dalam isu rakyat dan negara demi kepentingan masing-masing sahaja,” katanya.

Sementara itu Ketua Pemuda UMNO negeri, Rafizal Abdul Rahim berkata, pihaknya terpanggil mengadakan program itu sebagai salah satu cara mendekati dan menyumbang kepada masyarakat setempat.

Kata beliau, pihaknya juga memilih memberi petrol percuma kepada penunggang motosikal kerana menyedari golongan kurang berkemampuan mungkin terkesan dengan ketidaktentuan harga minyak berkenaan ketika ini.

Semestinya program sebaik ini akan mendapat respon segera daripada pihak yang tidak sealiran dengan BN apatah lagi penyokong-penyokong pembangkang.Oleh sebab itu serangan politik mula disasarkan kononnya pemberian sumbangan ini adalah gula-gula awal daripada BN untuk memenangi hati pengundi.

Seperkara yang perlu warga Pulau Pinang tahu dan sedar adalah BN merupakan pembangkang di Pulau Pinang , walau bagaimanapun status pembangkang itu tidak dicorakkan seperti mana amalan pembangkang di negeri-negeri lain.

Kehadiran BN di Pulau Pinang bukan sahaja menjadi pengkritik kepada dasar-dasar kerajaan DAP Pulau Pinang yang tidak mesra penduduk tetapi juga bertindak sebagai pihak yang menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Untuk itu selain daripada bantuan-bantuan kerajaan seperti BR1M , Pemuda BN Pulau Pinang dengan sokongan daripada Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang telah menzahirkan sumbangan keperluan asas seperti minyak petrol dan minyak masak.

Bukan atas dasar untuk memancing undi tetapi dilakukan kerana tanggungjawab untuk membantu rakyat disaat mereka terkesan dengan perkembangan ekonomi semasa.

Inilah tanggungjawab yang telah dipikul oleh Pemuda BN Negeri Pulau Pinang bukan mengkritik tanpa melakukan apa-apa seperti mana yang berlaku di Pulau Pinang.

0 comments:

Post a Comment