Tuesday, 11 April 2017

SHABUDIN Perlu Di Bela


Tindakan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan orang bukan Islam supaya tidak masuk campur urusan orang Islam di negara ini adalah tepat dan kena pada masanya.Disaat banyak pihak dilihat cuba mencampuri urusan yang berkaitan dengan Islam semakin menjadi-jadi semua pihak wajar mengambil serius ingatan yang dibangkitkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri itu sebagai garis panduan dalam apa jua tindakan khususnya yang melibatkan sensitiviti agama satu-satu kaum.

Apabila isu-isu berkepentingan Islam ini cuba dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu maka sudah tentu ianya akan membangkitkan rasa marah dikalangan orang Islam dan Melayu malah siapa mereka yang cuba bercakap tentang hal-hal membabitkan hukum hakam Islam ?

Kenyataan YB Datuk Shabudin yang diputar belit pihak tertentu itu bukan sahaja sudah mengundang ancaman serta persepsi yang tidak baik terhadap pemimpin tersebut tetapi ianya sudah sampai ke peringkat menyentuh kepentingan agama Islam dan orang Melayu itu sendiri.

Seperkara yang perlu diketahui umum adalah isu membabitkan perbahasan YB Datuk Shabudin di Dewan Rakyat baru-baru ini turut disokong oleh Mufti negeri Kelantan serta bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang dan sudah sewajarnya pihak-pihak yang terlibat perlu tampil membuat permohonan maaf memandangkan ianya adalah sejajar serta mengikut undang-undang dan garis panduan agama Islam itu sendiri.

Paling penting perbahasan itu berlaku di dalam Dewan Rakyat dan pihak-pihak berkepentingan seperti JAKIM serta Menteri terlibat yang menguruskan hal ehwal agama Islam tidak boleh berdiam diri dan perlu tampil membuat penjelasan membantu memulihkan tanggapan orang ramai yang telah salah faham berikutan tindakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan kenyataan yang bercanggah daripada apa yang dimaksudkan oleh YB Ahli Parlimen Tasek Gelugor.

Datuk Musa Sheikh Fadzir
Setiausaha
Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang

11 April 2017

1 comments: