Friday 7 April 2017

Suspek Langgar Lari ditahan Polis


Polis Pulau Pinang pada Jumaat menahan suspek yang terlibat dalam kes langgar lari sehingga mengakibatkan kematian seorang wanita berusia 58 tahun.

Mangsa, Foo Swee Wah terbunuh selepas dirempuh seorang penunggang motosikal yang melanggar lampu merah di lintasan pejalan kaki di Jalan Burma dekat balai polis Pulau Tikus di sini pada Khamis.

Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan patah kaki akibat pelanggaran yang berlaku pukul 10 pagi itu sebelum disahkan meninggal dunia pukul 8.45 malam hari yang sama.

Menurut Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, suspek ditahan di Hospital Pulau Pinang sebelum dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

"Suspek turut mengalami kecederaan akibat insiden tersebut," katanya tanpa mendedahkan identiti suspek.

Terdahulu, Ketua Polis Pulau Pinang, Komisioner Datuk Wira Chuah Ghee Lye berkata, suspek dikenalpasti berdasarkan nombor plat pendaftaran motosikal yang dirakamkan ketika kejadian.

"Suspek perlu membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam selepas insiden itu atau akan menjadi satu kesalahan (jika tidak melaporkan)," kata beliau kepada pemberita di Kuil Buddha Mahindarama di Jalam Kampar sempena sambutan Hari Polis ke-210 pada Jumaat.

See Wah yang dipercayai merupakan pemilik kedai kopi, melintas jalan tersebut apabila lampu pejalan kaki bertukar hijau.

Mangsa hampir menyeberangi jalan itu sebelum dirempuh penunggang motosikal terlibat, menyebabkan dia tercampar beberapa meter.

Penunggang motosikal terbabit bagaimanapun bertindak tidak memberhentikan kenderaan dan terus melarikan diri dari lokasi kejadian.

0 comments:

Post a Comment