Tasek Gelugor - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor di ketuai Saudara Nashrul Hisham Abdullah hari ini tampil membuat laporan polis berikutan satu komen berunsur ugutan , hasutan dan hinaan terhadap Ahli Parlimen Tasek Gelugor , YB Datuk Shabudin Yahaya di laman facebook milik seorang individu bernama Said Shuaib Bakar.
Komen yang dilakukan oleh seorang pemilik akaun facebook bernama Mark Kie terhadap status yang dimuat naik oleh Said Shuaib Bakar berkaitan himpunan haram wakil-wakil parti pembangkang di Komplek Komersial Tasek Gelugor petang semalam itu jelas mempunyai unsur-unsur ugutan yang boleh mengancam keselamatan keluarga Ahli Parlimen Tasek Gelugor.
Dalam komen tersebut pemilik akaun facebook bernama Mark Kie telah memuatnaik komen yang mengatakan "Sapa2 nak nikah pree ... pi rogol anak sabudin ... kikikiki" yang dilihat mempunyai unsur ugutan dan hasutan melampau.
Selain dari itu pemilik akaun facebook terbabit turut memuatnaik gambar karikatur yang cukup keterlaluan dan berunsur penghinaan yang telah diedit dengan meletakkan wajah YB Datuk Shabudin dengan kata-kata dan aksi lucah.
Nashrul Hisham dalam kenyataannya selepas laporan polis dibuat berkata Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor melihat isu membabitkan penghinaan dan ugutan ini adalah satu perkara yang serius.
"Kita boleh berpolitik tetapi biarlah politik yang tidak menghina keperibadian mana-mana individu apatah lagi dalam situasi ini ianya bukan sahaja menghina tetapi juga mengancam keselamatan khususnya anak kepada Ahli Parlimen Tasek Gelugor"
"Saya mewakili Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor menggesa pihak SKMM dan Polis untuk mengambil tindakan terhadap pemilik akaun facebook terbabit kerana ianya jelas disengajakan dan beliau perlu bertanggungjawab".
Sebelum itu Nashrul Hisham turut berpesan kepada semua pihak supaya bertenang dan jangan mengikut emosi dalam membuat komen-komen khususnya di media sosial kerana satu kesilapan seperti ini bakal membawa padah.
0 comments:
Post a Comment