Monday 10 April 2017

Warga Tasek Gelugor Berhimpun Dengar Penjelasan Shabudin


Tasek Gelugor - Walaupun hujan 1500 orang hadir di perkarangan Komplek Komersial Tasek Gelugor bagi mendengar penjelasan oleh YB Datuk Shabudin Yahya , Ahli Parlimen Tasek Gelugor tentang isu perbahasan beliau di Dewan Rakyat yang di putar belit oleh pihak-pihak tertentu baru-baru ini.

Program atas nama Himpunan Perpaduan Ummah yang dianjurkan oleh badan NGO itu turut mendapat sokongan daripada pimpinan setempat selain daripada orang ramai yang datang dari kawasan-kawasan sekitar.

Saudara Nashrul Hisham selaku pengacara program dalam ucapannya menyebut bahawa isu yang diputar belit itu bukan sahaja menunjukkan kedangkalan pihak-pihak terlibat tetapi dijadikan senjata politik dan dipergunakan oleh sebahagian lagi khususnya parti-parti pembangkang untuk menyerang keperibadian Ali Parlimen Tasek Gelugor dan keluarganya.

"Bagi saya no problem perbezaan pendapat , perbezaan politik orang Islam berhak bercakap tentang enakmen orang Islam tapi mengapa kita bawa Adun DAP , Wakil Rakyat Air Itam turun di bumi Komplek Komersial Tasek Gelugor menentang enakmen syariah ?"

YB Datuk Shabudin Yahya kemudiannya tiba kira-kira jam 10.00 malam dan terus mengambil tempat di pentas utama dalam sesi penjelasannya.

Dalam penjelasan tersebut YB Datuk Shabudin bukan sahaja memperjelaskan tentang kekeliruan yang ditimbulkan oleh pihak media tetapi turut menayangkan semula rakaman video sesi perbahasannya di Dewan Rakyat termasuklah rakaman bual bicara beliau di RTM1 baru-baru ini.


Rata-rata mereka yang ditemui oleh PenangOnline menyatakan bahawa penjelasan yang dibuat oleh YB Datuk Shabudin adalah jelas dan langsung bercanggah dengan apa yang dilaporkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sebelum ini.

Di kalangan yang hadir pada malam tersebut adalah bekas hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang , Haji Abdullah Bin Haji Ismail yang turun padang dan telah memberikan komen beliau.Lihat video di bawah ;


1 comments:

  1. Prhimpunan mnyatukan ummah atau prhimpunan hnya 'mmbetulkan' yg psal psal yb shabudin, dan juga jd prhimpunan mmbersihkan nma umno.. Mmecahbelahkan lg ada la..

    ReplyDelete