Sunday 14 May 2017

5 Ribu Warga UMNO P.Pinang Bukti Kesetiaan Terhadap Parti


Seramai 5 ribu ahli dan pimpinan parti UMNO dari Pulau Pinang telah hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menjayakan Majlis Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71 Tahun yang telah selesai dijayakan pada 11 Mei 2017 baru-baru ini.

Kehadiran kontijen UMNO Pulau Pinang yang diuruskan oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama semua 13 UMNO Bahagian di seluruh negeri itu membuktikan komitmen jitu ahli-ahli UMNO negeri Pulau Pinang terhadap parti dan pucuk pimpinan tertinggi parti.

Walaupun berdepan dengan pelbagai serangan politik , himpunan raksasa ahli UMNO di Stadium Bukit Jalil telah membuktikan bahawa UMNO terus kekal relevan sebagai sebuah parti yang memayungi orang-orang Melayu.

Dalam kesiapsiagaan parti UMNO untuk berdepan dengan PRU14 , himpunan di Bukit Jalil dilihat oleh ramai pemerhati sebagai isyarat bahawa bala tentera UMNO kini dalam keadaan bersiap sedia dan bakal diterjemahkan kepada sokongan padu seluruh jentera di akar umbi khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.

   

0 comments:

Post a Comment