Saturday 20 May 2017

Hospital Baharu Di Balik Pulau Akan Di Bina


BALIK PULAU - Kementerian Kesihatan akan membina sebuah hospital baharu yang mempunyai 300 katil bagi memberi perkhidmatan  kepada lebih 310,000 penduduk di sekitar daerah Barat Daya di sini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, cadangan melibatkan peruntukan kira-kira RM400 juta itu akan disenaraikan dalam rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11).


“Hospital berkenaan dicadangkan dibina di tanah berkeluasan lebih 40.5 hektar bersebelahan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau.


“Cadangan ini diyakini akan mengurangkan kepadatan jumlah pesakit di Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana hospital sedia ada di Balik Pulau tidak mempunyai pakar,” katanya selepas program Transformasi Nasional 2050 (TN50) Asprirasi Kesihatan di sini hari ini.

sumber - utusan

0 comments:

Post a Comment