Tuesday, 2 May 2017

Jahara Selar Pemimpin DAP Memang Suka Berfoya-Foya


Ketua Pembangkang BN Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid mengecam sikap pemimpin DAP yang sering dipalitkan dengan kes tidak bermoral lebih-lebih lagi melibatkan wanita Melayu Islam.

Ia berikutan gambar yang tersebar melibatkan Ahli Parlimen DAP Zairil Khir Johari dan Dyana Sofea Mohd Daud baru-baru ini yang bercumbu tanpa rasa segan.

Terbaru, video memaparkan Zairil  bersama seorang wanita lain pula yang dipercayai bukan isterinya tersebar di media sosial sejak petang semalam.

“Sikap pemimpin DAP yang gemar berfoya-foya ni perlu diambil kira sebab kalau tidak nama DAP sendiri yang buruk.Zairil ni lepas satu, satu reputasi dia tercalar dulu gambar sekarang video.

“Kalau Zairil masih nak cakap itu bukan dia, dia harus buat kenyataan atau adakah yang video itu pun dia masih nak menafikan itu bukan dia ? Bagaimana dengan parti DAP ? ” soalnya ketika dihubungi BNBBC.my portal pada Isnin.

Rakaman berdurasi 19 saat berkenaan dipercayai adalah rentetan daripada beberapa klip video yang pernah tular sebelum ini membabitkan kedua-duanya dalam tiga situasi berasingan.

Video yang dipercayai berusia lebih setahun itu dimuat naik di laman Facebook Penang Kini semalam.

Pengendali akaun itu mendakwa ianya dirakamkan di Kuching semasa pilihan raya Sarawak tahun lalu.

“Zairil harus berdepan dengan masalah ni, kalau tak betul, dia perlu nafi, ambil tindakan buat laporan polis. Kalau DAP pula mereka perlu ambil tindakan kalau benar pelakunya adalah Zairil,” ujarnya.

0 comments:

Post a Comment