Friday, 5 May 2017

Larian Bendera Sang Saka Bangsa Di Teruskan Dengan Penuh SEMANGAT


KEPALA BATAS: Larian Bendera Ulang Tahun UMNO Ke-71 Peringkat Pulau Pinang diteruskan ke Parlimen Tasek Gelugor hari ini, selepas Sang Saka Bangsa 'bermalam' di Parlimen Kepala Batas. 

Penyerahan bendera terbabit dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Shariful Azhar Othman kepada Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya, di Kampung Paya di sini. 

Shabudin berkata, kombinasi veteran dan muda yang menyertai larian itu membuktikan UMNO masih diterima semua lapisan masyarakat dari dulu hingga sekarang.

"Ini dapat dilihat apabila kedua-dua golongan ini menyulami perjuangan dibawa UMNO apabila menjadikan larian ini untuk menyemarakkan semangat dan membentuk solidariti," katanya ketika ditemui, hari ini. 

Seramai 800 ahli UMNO Tasek Gelugor menyertai larian sebelum bendera diserahkan kepada UMNO Permatang Pauh yang diketuai Datuk Mohd Zaidi Mohd Said di Permatang Pasir. 

Sementara itu, Mohd Zaidi berkata, 300 ahli UMNO menyertai larian sejauh 20 kilometer sebelum bendera diserahkan kepada UMNO Bukit Mertajam. sumber - berita harian 


0 comments:

Post a Comment