Friday, 5 May 2017

Majlis Penyerahan Sang Saka Bangsa UMNO P.Pinang Kepada UMNO Perak


Larian Bendera UMNO peringkat negeri Pulau Pinang sempena sambutan ulangtahun yang ke 71 UMNO kini sudah memasuki fasa akhir dengan penyerahan seterusnya kepada wakil Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak.

Perarakan gilang gemilang yang bermula di Jambatan Merdeka di Kepala Batas pada 4 Mei 2017 itu kemudiannya diteruskan pada 5 Mei 2017 melibatkan larian bendera dari Kepala Batas melalui bahagian Tasek Gelugor , Permatang Pauh dan berakhir di Bukit Mertajam.

Larian bendera kemudiannya diteruskan pada 6 Mei 2017 bermula dari Bukit Mertajam , Batu Kawan dan akan diserahkan kepada UMNO Bahagian Nibong Tebal sebelum bendera Sang Saka Bangsa diserahkan kepada wakil Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak pada sebelah petangnya.

Penyerahan bendera UMNO ( Sang Saka Bangsa ) tersebut akan berlangsung di Padang Bandaran Parit Buntar , sempadan antara Pulau Pinang dan Perak.

Simbolik perarakan membawa bendera Sang Saka Bangsa di Nibong Tebal ini bakal diiringi oleh 71 orang pembawa bendera dengan menaiki basikal dan bakal merentasi Sungai Kerian menaiki bot nelayan.

Majlis penuh simbolik ini akan diketuai oleh Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang , Ybhg Datuk Seri Zainal Abidin Osman bersama seluruh pimpinan UMNO di semua peringkat negeri Pulau Pinang dan akan diserahkan kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak , YB Datuk Saarani Mohamad selaku wakil UMNO Negeri Perak.

Semua di jemput untuk bersama.

0 comments:

Post a Comment