Tuesday, 9 May 2017

Malaysia, Laos Tingkat Kerjasama Sains Dan Teknologi


PUTRAJAYA - Malaysia dan Laos hari ini memeterai memorandum perjanjian persefahaman (MoU) dalam bidang sains dan teknologi yang bakal memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir menyaksikan majlis menandatangani MoU itu dengan turut disertai Perdana Menteri Laos, Dr. Thongloun Sisoulith.

Pada majlis menandatangani MoU itu, Malaysia diwakili Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau manakala Laos diwakili Menteri Sains dan Teknologi, Profesor Boviengkham Vongdara.

Lawatan rasmi Perdana Menteri yang bermula hari ini hingga 10 Mei itu dijangka bakal memperkukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara sekali gus memperluaskan skop kerjasama bagi faedah bersama.

Terdahulu, Thongloun diberi sambutan rasmi di Dataran Putra, Bangunan Perdana Putra di sini.

sumber - utusan

0 comments:

Post a comment