Tuesday 23 May 2017

Masih Tiada Status , Mahu Penjelasan Kaedah Pengagihan Rumah Kos Rendah


Georgetown - Kerajaan negeri harus memberi penjelasan mengenai kaedah pengagihan rumah kos rendah yang dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda)di Teluk Bahang,di sini.

(BN- Permatang Berangan) Datuk Omar Abdul Hamid berkata,sebelum ini Perda menyerahkan 60 unit rumah kos rendah daripada 100 unit yang dibina dan ia diberikan sebagai syarat kelulusan projek yang dipersetujui bersama.

Bagaimapun Omar berkata ,sehingga kini Perda tidak dimaklumkan berhubung status 60 unit kediaman berkenaan yang setiap satunya bernilai RM42,000 seunit sama ada dijual atau diberikan secara percuma ataupun dijual.

"Jika kerajaan negeri mahu jual atau serahkan secara percuma kepada rakyat,mereka sepatutnya beritahu kita kerana kita dimaklumkan kerajaan negeri ini bersifat Cekap,Akauntabiliti dan Telus(CAT).

"Tetapi sehingga sekarang,kita tidak tahu apakah status 60 unit kediaman itu.Kalau ia dijual ke manakah wang itu akan disalurkan? Adakah kerajaan negeri mempunyai sebarang tabung untuk tujuan berkenaan?," katanya ketika membahas ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang , Tun Abdul Rahman Abbas pagi semalam.

Menurutnya,sebelum ini pihaknya sudah mengagihkan 40 unit rumah berkenaan kepada rakyat dengan 22 daripadanya diberikan percuma kepada penduduk setinggan di kawasan terbabit.

Omar yang juga Timbalan Pengerusi Perda,Ventures Incorporated Sdn Bhd(PVISB) berkata,Perda membina 100 unit rumah kos rendah,213 unit kondominium dan satu hotel 13 tingkat di atas tanah seluas lebih enam hektar di Teluk Bahang.

Difahamkan projek campuran yang dinamakan itu mula dibina sejak 2014 namun masih belum memiliki sijil kelayakan menduduki (OC). 

sumber - sinar

0 comments:

Post a Comment