Permatang Pauh - Pelancaran Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) peringkat negeri Pulau Pinang hari ini memberi nilai tambah kepada parti UMNO dalam memantapkan lagi jentera UMNO dan BN dalam menuju ke arah Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Negeri YB Senator Datuk Norliza dalam ucapannya berkata, kerja-kerja jalinan rakyat telah pun berlangsung sekian lama namun kini senario politik adalah berbeza.
JR Plus adalah pasukan terbesar UMNO yang digeruni oleh parti lawan hari ini dalam usaha UMNO mendekati rakyat di akar umbi.
Maka kerjasama Pergerakan Wanita UMNO dengan Puteri dan Pemuda malah NGO juga akan lebih memberikan impak yang lebih berkesan selain keupayaan mendekati pengundi yang bukan dalam ruang lingkup politik.
Lebih dari 2 ribu jentera JR Plus dari semua 13 bahagian di Pulau Pinang hadir dalam Majlis Pelancaran JR Plus bertempat di Politeknik Seberang Perai petang tadi.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang , Ybhg Datuk Seri Zainal Abidin Osman dalam ucapannya berkata Jalinan Rakyat Wanita UMNO Pulau Pinang hari ini akan lebih bertenaga dan kuat kerana kewujudan JR Plus yang kini turut melibatkan Pemuda , Puteri dan juga komponen Barisan Nasional sebagai jentera utama.
"Kewujudan JR Plus ini sudah pun menyebabkan pembangkang semakin menggeruni jentera terkuat UMNO ini dan komitmen yang di tunjukkan oleh semua jentera yang hadir merupakan isyarat bahawa UMNO dan BN akan terus bekerja keras khusus bagi menghadapi PRU14."
Ybhg Datuk Seri Zainal kemudiannya menyempurnakan majlis pelancaran JR Plus peringkat negeri Pulau Pinang bersama-sama dengan seluruh pimpinan UMNO di peringkat negeri , bahagian dan juga pimpinan parti komponen BN yang turut bersama.
0 comments:
Post a Comment