Tuesday 9 May 2017

PM Tinjau Persiapan Stadium Nasional Bukit Jalil


Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meninjau persiapan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang dinaik taraf bagi Sukan Kuala Lumpur 2017 (Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2017).

“Lihat padang cukup cantik, malah saya dimaklumkan ia akan ‘dirasmikan’ oleh beberapa kelab bola sepak amatur Malaysia tidak lama lagi.

“Moga beri manfaat kepada atlet dan pembangunan sukan negara,” kata Perdana Menteri dalam laman Facebook dan Twitternya yang turut memuat naik beberapa keping gambar sewaktu tinjauan.

Enam kelab bola sepak negara yang akan mencuba padang SNBJ adalah Kelab Bola Sepak Shah Alam Antlers,  Subang City FC (Subang), BNM FC (Lembah Klang), Pemanis FC (Kuala Terengganu), Majidee83 FC (Johor Bharu) serta Kelab Bola Sepak Kupang dari Baling, Kedah.

Stadium Nasional Bukit Jalil yang ditutup sejak Jun 2015, dijangka dibuka semula pada Julai ini iaitu sebulan sebelum bermulanya Sukan SEA 2017 yang dijadual berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos.

0 comments:

Post a Comment