Monday 22 May 2017

Sidang DUN P.Pinang - Adun BN Hadir Dengan Riben Putih


Ke semua Adun BN hari ini hadir ke Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dengan memakai riben berwarna putih sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Pulau Pinang kerana dasar CAT yang digunapakai oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dilihat lebih banyak membebankan rakyat.

Riben berwarna putih yang dipakai oleh semua Adun BN itu merupakan simbolik untuk menyatakan bahawa slogan kerajaan negeri CAT sudah mati dan tidak lagi releven selain solidariti terhadap rakyat Pulau Pinang kerana dasar CAT yang digunapakai oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dilihat lebih banyak membebankan rakyat.

Ternyata dasar CAT yang diamalkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang selama ini hanyalah sekadar slogan penyedap rasa dan ianya dilihat lebih terarah kepada perkara-perkara yang menjurus kepada hal membabitkan politik kepartian.

Ianya lebih jelas berlaku hari ini apabila ke semua usul daripada BN ditolak sedangkan usul-usul terbabit adalah lebih bersifat kepada persoalan tentang integriti pemimpin dan penjawat awam.

Berikut adalah usul yang di bawa oleh Adun Pulau Betong , YB Sr Hj Muhamad Farid Bin Hj Saad ;

Bahawa mana-mana anggota pentadbiran Negeri Pulau Pinang dan penjawat-penjawat awam di Negeri Pulau Pinang yang telah didakwa di mana-mana mahkamah atas kesalahan jenayah di bawah mana-mana undang-undang Malaysia hendaklah mengambil cuti daripada jawatan yang dipegang sehingga perbicaraan ke atasnya selesai dan dimuktamadkan.

Merujuk kepada usul tersebut apakah wajar ianya terus ditolak sedangkan perkara asas yang dipersoalkan berkaitan integriti pemimpin dan kerajaan negeri Pulau Pinang ?

Agak menarik apabila pimpinan yang kononnya menyokong hak kebebasan bersuara itu kemudiannya boleh menolak usul yang berkaitan tentang hak rakyat khususnya di Pulau Pinang.

0 comments:

Post a Comment