Monday 22 May 2017

Slogan CAT Sudah Mati Di Pulau Pinang


Penolakan usul yang dibawa oleh wakil BN di Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan tindakan terhadap Adun Teluk Bahang dalam sesi sidang kali ini jelas memperlihatkan betapa Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang ditunjangi DAP hanya bercakap kosong.

Slogan Cekap , Akauntibiliti dan Telus (CAT) yang diwar-warkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai asas kepada dasar pentadbiran kini sudah dianggap mati kerana pelbagai dasar berat sebelah dan sekatan terhadap hak kebebasan bersuara terus berlaku.

Ini termasuklah hal membabitkan penolakan usul oleh wakil-wakil BN di Sidang DUN kali ini sedangkan Dewan Undangan Negeri adalah tempat yang paling suci serta telus khusus bagi semua pimpinan yang dipilih oleh rakyat untuk menyuarakan suara akar umbi.


Jika hal seumpama ini pun disekat dimana lagi tempat untuk suara dan hak rakyat boleh disuarakan ?

Baca artikel berkaitan di pautan di bawah ;



0 comments:

Post a Comment