Wednesday 17 May 2017

UMNO Pulau Pinang Nafi Terima RM2 Juta Dari SRC


UMNO Pulau Pinang menafikan dakwaan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa badan perhubungan negeri itu menerima dana RM2 juta daripada SRC International Sdn Bhd.

Ketua Pembangkang negeri itu, Datuk Jahara Hamid berkata mereka tidak pernah menerima wang berkenaan pada 24 Julai 2014 dan 26 Februari 2015 seperti yang dituduh oleh Rafizi.

“Bila nak dekat pilihan raya umum, pembangkang keluar dengan semua jenis karut. Mereka mengatakan banyak perkara yang mereka tak dapat buktikan.

“Minta Rafizi tunjukkan bukti dan laporkan kepada SPRM,” katanya, sambil menambah UMNO Pulau Pinang tidak gentar dengan siasatan.

Beliau bagaimanapun menolak pendapat adalah salah bagi UMNO negeri menerima dana daripada presiden parti.

“Ini adalah kerja-kerja parti, kamu tahu? Kami bayar keahlian parti dan mereka memberikannya semula kepada kami untuk membiayai kerja-kerja parti,” lapor sebuah portal berita, Selasa.

Sebelum itu Rafizi mendakwa selain UMNO Pulau Pinang, lima penerima lain adalah ibu pejabat UMNO, Parti UPKO, Ketua bahagian UMNO Padang Serai, Asmadi Talib serta UMNO Johor Bahru dan Bandar Tun Razak.

Kesemua pihak itu dikatakan menerima RM10.02 juta pada tahun 2014 dan 2015 dari bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

0 comments:

Post a Comment