Friday 16 June 2017

Kadar Air Naik 77 Peratus ? Kerajaan DAP Pulau Pinang Di Minta Beri Penjelasan


Kerajaan DAP Pulau Pinang diminta menjelaskan sama ada terdapat keputusan untuk menaikkan kadar air sehingga 77 peratus terhadap pengguna individu dan 58 peratus bagi perniagaan di negeri itu.

Unit Komunikasi Strategik Ba­risan Nasional (BN) dalam satu kenyataan berkata, kenaikan ber­terusan kadar air pada jumlah yang besar itu akan memberi ke­san melalui kenaikan kos ke­pada sektor perkilangan hingga memaksa kilang-kilang ditutup.

“Perniagaan kecil juga bakal ber­depan kos penggunaan air me­ningkat secara ketara.

“Perkiraan kerajaan Pulau Pi­nang sendiri menunjukkan bil bulanan bagi restoran biasa akan meningkat pada kadar 46 peratus iaitu daripada RM6,700 kepada RM9,900 manakala kedai gunting rambut akan memperlihat kenaikan sehingga 58 peratus daripada RM730 kepada RM1,200 sebulan.

“Kita bimbang kenaikan begitu tinggi bagi bil air bulanan akan menyebabkan pemilik perniagaan ter­paksa memindahkan kos ber­kenaan kepada pelanggan me­lalui harga yang lebih tinggi,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, ter­dapat kebimbangan selepas Pili­han Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti, kerajaan negeri Pulau Pi­nang akan mengemukakan se­mula permohonan kenaikan air secara menyeluruh bagi mengelak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) kerugian.

“Apatah lagi jika mengambil kira perbelanjaan tahunan kerajaan negeri Pulau Pinang telah meningkat sehingga 500 peratus sejak 2008 dan seorang Exco Pulau Pinang sendiri mengakui, tiada banyak lagi tanah untuk dijual di Pulau Pinang.

“Kami juga meminta DAP untuk memberi jaminan kepada pengguna dan pemilik perniagaan bahawa kadar air di Pulau Pinang tidak akan naik buat kali keenam jika mereka mengundi semula parti itu pada PRU akan datang,” ujar kenyataan itu. utusan 

0 comments:

Post a Comment