Tuesday 13 June 2017

PRIHATIN - Reezal Ziarah Mangsa Ribut Di Penaga


Kepala Batas , 13 Jun - Ahli Parlimen Kepala Batas , YB Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican hari ini meluangkan masa melawat mangsa ribut di Pasir Gebu dan Taman Penaga dalam kawasan DUN Penaga , Kepala Batas.

Dalam lawatan tersebut , Reezal turut menyampaikan bantuan awalan kepada mangsa bagi meringankan beban yang ditanggung dan majlis penyampaian bantuan tersebut diadakan di Dewan Pertubuhan Peladang Kawasan Penaga yang turut dihadiri YB Datuk Zain Ahmad , Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga.




Sebelum itu YB Datuk Mohd Zain Ahmad serta pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah pun turun padang melawat mangsa bencana.Lebih 154 rumah di beberapa kampung di Penaga rosak selepas dipukul ribut kira-kira jam 5 pagi kelmarin.Turut serta wakil Pusat khidmat Ahli Parlimen kepala batas,ICU dan pejabat Daerah.


Antara kampung terlibat ialah Kampung Pasir Gebu, Kota Aur, Permatang Janggus, Permatang Tok Brain dan Taman Penaga, dengan kebanyakan rumah mengalami kerosakan di bahagian bumbung. 

0 comments:

Post a Comment