Wednesday 19 July 2017

Apa Kaitan Kerajaan Pakatan Harapan P.Pinang Dengan Salleh Man PAS ?


Setelah wujudnya parti PAN dan PPBM yang pro kepada barisan pembangkang , satu keputusan telah dibuat oleh parti-parti sedia ada seperti DAP dan PKR untuk membentuk satu gabungan dengan nama Pakatan Harapan.

Serentak dengan itu Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng turut mengakui bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kini milik Pakatan Harapan dan bukan lagi di bawah Pakatan Rakyat.

Walaupun keputusan itu dibuat setelah Ketua Menteri disoal oleh wartawan berhubungan komennya terhadap keputusan Menteri Besar Selangor , Azmin Ali yang masih mengekalkan Pakatan Rakyat di negeri itu ianya jelas memperlihatkan ketegasan parti DAP khususnya dalam hal parti-parti gabungan pembangkang.

Pakatan Harapan kini bukan sahaja menjadi pentas baharu kepada barisan pembangkang untuk terus bertapak dalam arena politik tanahair tetapi dianggap sebagai penjenamaan semula setelah barisan pembangkang berdepan dengan krisis politik sesama sendiri melibatkan parti PAS.

“Tidak ada lagi Pakatan Rakyat," kata Guan Eng pada sidang media selepas menghadiri sambutan rumah terbuka Aidilfitri Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang sebelum ini.

"Pulau Pinang di tadbir oleh kerajaan Pakatan Harapan dan kita adalah sebahagian daripada Pakatan Harapan. Saya akan menjawab dengan memberi butiran kemudian," kata beliau.

Pakatan Harapan ditubuhkan pada September 2015 oleh DAP, PKR dan PAN selepas PAS ditolak oleh DAP dan parti itu kemudiannya memutuskan hubungan dengan DAP pada Julai 2015 yang menyebabkan Pakatan Rakyat berkubur.

Mengambil kira kedudukan parti PAS yang kini tidak lagi bersama Pakatan Harapan maka sudah tentulah apa jua perkara yang membabitkan parti tersebut dalam mana-mana kedudukan bersama Pakatan Harapan adalah satu perkara yang diluar norma dan tidak relevan sama sekali.

Namun melihat kepada kedudukan Salleh Man wakil PAS Permatang Pasir yang dilihat masih lagi selesa bersama dengan kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah Pakatan Harapan seperti mana yang diumumkan oleh Lim Guan Eng , ianya mengundang persoalan apakah benar Pulau Pinang kini berada di bawah Pakatan Harapan ?

Salleh Man sebagai wakil parti PAS seharusnya bertanggungjawab dan amanah dengan parti sendiri dan PAS Negeri Pulau Pinang harus tampil menjelaskan kedudukan ini yang sehingga kini menjadi tanda tanya.

Apakah masih wujud sebarang kerjasama antara Salleh Man dan kerajaan negeri yang kini sudah pun diperakui berada di bawah Pakatan Harapan ?

1 comments:

  1. Politikus yg tulin tahu dan faham ideologi perjuangan parti, bukan yg petingkan wang dan pangkat, tentu ust. Salleh man faham dia dok tang mana

    ReplyDelete