Monday 10 July 2017

DAP Tak Wajar Tuduh ROS Sabotaj


Tuduhan DAP bahawa terdapat cubaan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk mensabotaj persiapan pilihanraya umum parti serpihan PAP itu adalah tidak wajar.

Sebaliknya, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata tindakan RoS adalah disebabkan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP untuk penggal 2013- 2016 sudah tamat dan pemilihan penggal baharu ditangguhkan parti itu selama 18 bulan bermula tahun lalu.

Menurutnya, keputusan RoS sekaligus tidak mengesahkan pelantikan individu-individu ke jawatan tertinggi dan utama DAP termasuk Setiausaha Agung yang disandang Lim Guan Eng.

“Jika mengikut Perlembagaan DAP, ia menghadkan seseorang itu hanya boleh memegang jawatan Setiausaha Agung DAP selama dua penggal sahaja. Penggal 2013-2016 adalah penggal kedua Guan Eng memegang jawatan itu.

“Tempoh jawatan Setiausaha Agung yang sepatutnya berakhir pada tahun lalu juga dilanjutkan selama 18 bulan. Namun apabila ROS tidak mengesahkan pelantikan individu ke jawatan-jawatan tertinggi dan utama DAP termasuk Setiausaha Agung, maka lantikan Guan Eng juga tidak sah,” katanya hari ini.

Semalam, Guan Eng mendakwa keputusan RoS tidak mengiktirafkan pemilihan CEC DAP sebagai berniat jahat.

Sementara itu, Zainal Abidin berkata, tiada apa yang perlu dirisaukan Guan Eng kerana beliau masih boleh dilantik untuk memegang jawatan itu sekiranya pemilihan semula CEC diadakan.

“Menjadi tanda tanya, mengapa Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang sangat takut dan khuatir?

“Adakah mereka risau tidak lagi mampu untuk menang cukup undi dan berada dalam kelompok 20 teratas jika diadakan pemilihan semula?” katanya.

0 comments:

Post a Comment