UMNO Pulau Pinang mengingatkan rakyat serta pembangkang supaya tidak terpengaruh dengan permainan licik Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam arena politik tanah air.
Pengerusinya, Datuk Seri Zainal Abidin Osman mendakwa ianya terbukti selepas bekas Perdana Menteri itu sering berwayang apabila melakukan ‘pusingan U’ sejak dahulu lagi.
“Kalau kita lihat tahun 1969, Dr Mahathir dipecat daripada UMNO di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman. Kemudian beliau keluar UMNO di bawah kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau masuk balik UMNO bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan kemudian keluar semula UMNO.
“Keluar masuk UMNO ini dah jadi kebiasaan kepada Dr Mahathir, dah tiga kali. Jadi, jangan terkejut masa depan beliau akan masuk balik UMNO. Senang sangat beliau ‘U-turn’ pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja,” katanya selepas menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang dengan kerjasama JKP Sdn Bhd, Selasa.
Sementara itu, mengenai isu pemilihan semula anggota DAP seperti yang diarahkan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS), Zainal Abidin meminta DAP berhenti daripada menyalahkan RoS sebaliknya segera menjalankan pemilihan semula 20 anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu.
“Apa sahaja yang berlaku di Penang mereka salahkan Barisan Nasional, UMNO dan agensi kerajaan. Ini sudah sinonim dengan DAP.
“Benda tak baik mereka salahkan orang lain dan yang baik pula mereka punya. Jadi, berhenti daripada menyalahkan RoS,” katanya.
0 comments:
Post a Comment