Tuesday 4 July 2017

Kenyataan Media- Isu Tender Politeknik Seberang Perai


Saya terpanggil untuk memberikan sedikit pandangan berkenaan dengan isu yang disensasikan berkenaan dengan kegagalan seorang pengusaha kantin berbangsa India dalam tender kantin di Politeknik Seberang Perai baru-baru ini.

Sudah menjadi satu perkara yang lumrah bahawa sesiapa yang ingin masuk untuk sesuatu tender bagi meematuhi semua syarat yang ditetapkan. Jika satu syarat tidak dipatuhi maka tender tersebut memanglah seharusnya ditolak.

Tidak timbul isu bahawa seseorang itu tidak mengatahui berkenaan dengan syarat-syarat tender. Beliau juga tidak boleh menggunakan alasan bahawa tidak dimaklumkan berkenaan syarat-syarat tender. Bukan menjadi tanggungjawab mana-mana pegawai Politeknik Seberang Perai untuk memaklumkan kepada beliau berkenaan syarat-syarat yang perlu dipatuhi.

Penolakan tender tersebut telah dipergunakan dan dijadikan isu diskriminasi disebabkan bangsa. Apabila isu sebegini akan digunakan sepenuhnya oleh ahli politik tersebut untuk mendapat 'political milage' tanpa mengira akan kesannya. Dimaklumkan bahawa selain daripada pengusaha berbangsa India tersebut , ada beberapa lagi pengusaha yang tendernya ditolak kerana tidak mematuhi syarat.

Saya menggesa ahli politik bertaraf YB untuk tidak mengambil peluang untuk menaikkan nama beliau dalam memainkan isu ini. Juga mengapa perlu beliau mencabar Pengarah Politeknik Seberang Perai untuk mengadakan sidang media berkenaan isu ini. Beliau tidak mempunyai apa-apa peranan atau kuasa dalam proses keputusan tender tersebut.

Dengar kata pengusaha tersebut telah beroperasi sebelum ini untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar yang hanya memakan makanan 'vegetarian' tetapi hanya dipatuhi pada awal operasi. Selepas itu mula menjual makanan yang lain. Inilah yang dikatakan niat baik akhirnya kena balik.

Kesimpulannya cukup-cukuplah memainkan isu sebegini untuk kepentingan peribadi.

IFAN ZAIMI BIN MD TAHAR
PENOLONG SETIAUSAHA PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI PULAU PINANG
KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN BUKIT MERTAJAM

03.07.2017

0 comments:

Post a Comment