Wednesday 5 July 2017

Kunci Mulut Jadi Bisu Atau Ugut Saman… Cara Politik Jijik Dap Tutup Isu


PULAU PINANG, 5 Julai – Hanya dua sahaja taktik mereka sama ada menjadi bisu atau membuat ugutan tindakan saman. Inilah cara politik jijik Dap bagi mengalih dan menutup sesuatu isu yang terpalit ke atas mereka, ujar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugur, Mohd Nashrol Hisham Abdullah.

Jelas beliau, kenyataan terbaru Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang mahu mengambil tindakan saman terhadap New Straits Times (NST) dan Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN (BNSC), Eric See-To kerana didakwa memfitnahnya menjadi bukti Dap inilah cara mereka untuk menutup mulut individu-individu yang membongkar salah laku parti mereka.

“Sebenarnya, sebelum mengambil sebarang tindakan saman terhadap apa juga isu yang diutarakan, mereka harus menjawab persoalan-persoalan yang dilemparkan kepada kepimpinan kerajaan negeri yang ditarajui Dap kerana sehingga kini tidak ada satupun persoalan yang diutarakan rakyat dijawab oleh kerajaan negeri.

“Sebagai contoh, sehingga kini Guan Eng juga masih gagal memberi penjelasan lengkap mengenai projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang bernilai RM6.34 bilion. Ini belum lagi kegagalannya berkaitan isu pembinaan rumah kos rendah dan sederhana yang katanya telah dibina namun sehingga hari ini tidak tahu lokasinya di mana.

“Bukan itu sahaja, Setiausaha Agung Dap yang belum disahkan jawatan itu juga masih tidak menjawab persoalan berkaitan status CEC malah jawatannya sebagai Setiausaha Agung juga masih tidak jelas. Ketika Guan Eng menandatangani watikah pilihan raya untuk membentuk kerajaan Negeri Pulau Pinang selepas Pilihan Raya Umum Ke-13, status CEC Dap masih belum disahkan. Jadi, adakah watikah pelantikan itu sah atau tidak?,” ujarnya.

Justeru ujar Nashrol, sebelum Guan Eng berhajat untuk menyaman siapapun, adalah lebih baik dia menjawab segala persoalan termasuklah isu yang mendakwa Dap menerima dana sebanyak AS$300 juta (RM1.2 bilion) pada PRU-13 lalu oleh Israel.

“Dia menuduh BN cuba menggunakan dakwaan rasuah terhadapnya untuk mengalihkan perhatian daripada skandal 1MDB dan menegaskan dakwaan itu bersifat politik tetapi sebenarnya Dap lah yang paling pakar dalam isu mengalih perhatian dan meracuni fikiran rakyat.

“Sibuk menuding jari ke arah orang lain tetapi diri sendiri jauh lebih buruk dan sering bermain kong kalingkong demi kepentingan diri,” bidasnya.

Untuk rekod, Guan Eng didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 pada 30 Jun tahun lepas kerana didakwa menyalahgunakan kuasa beliau dalam pengezonan semula sebidang tanah.

Beliau juga menghadapi pertuduhan lain di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana didakwa memperoleh banglo tanpa pertimbangan sewajarnya.

0 comments:

Post a Comment