Monday 17 July 2017

Mana Mungkin DAP Tandatangan IBR Kerana Parti Sendiri Penuh Rasuah


JELUTONG – Naib Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Jasmin Nordin berkata, mana mungkin Dap mahu menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) kerana parti mereka sendiri penuh rasuah dan tidak ada ketelusan.

Jelas beliau, keengganan kerajaan rejim Dap untuk menandatangani ikrar tersebut memberi gambaran yang cukup jelas apakah pendirian mereka sebenarnya.

“Kononnya kerajaan pimpinan mereka bersih tetapi sebenarnya itu semua adalah momokan mainan politik bagi megaburi mata rakyat.

“Ianya dikuatkan lagi apabila Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad berkata senario sekarang menunjukkan bahawa laporan rasuah di negeri Pulau Pinang adalah tinggi.

“Jadi, kalau IBR pun tidak mampu untuk Dap tandatangan, maka jangan sibuk menuding menuduh orang lain rasuah,” ujarnya.

Tambah Jasmin, kenyataan Dap kononnya prinsip Cekap, Amanah dan Telus (CAT) yang dilaksanakan di negeri itu sejak 2008 lebih berkesan dalam usaha membasmi rasuah dan penyalahgunaan kuasa berbanding menandatangani IBR sebenarnya hanyalah satu taktik menutup sikap buruk diri sendiri kerana CAT Dap lebih cenderung kepada ‘Corrupt, Abusive & Tokong’.

“Jika benar parti mereka selama ini memperjuangkan anti rasuah mengapa berdolak-dalik untuk tandatangan ikrar tersebut. Sepatutnya Pulau Pinang menjadi negeri pertama yang bersetuju untuk menurunkan tandatangan dan ini akan memberikan kelebihan politik yang amat tinggi kepada mereka.

“Ini tidak… cakap lain tapi buat lain… tapi ye la kan… apa yang mahu dihairankan kerana parti mereka sendiri tonggang langgang. Pemilihan CEC pun belum tentu sahih malah Lim Guan Eng sendiripun kini sedang berhadapan dengan kes rasuah mahkamah,” sindirnya

0 comments:

Post a Comment