Monday 3 July 2017

Misi tawan P.Pinang, UMNO minta bantuan komponen BN

UMNO Pulau Pinang memerlukan bantuan serta komitmen parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) dalam merelisasikan usaha untuk merampas kembali negeri itu daripada Kerajaan diterajui DAP, kata Ketua Pembangkang negeri, Datuk Jahara  Hamid.

“Kita ada 15 sahaja kerusi yang bakal ditandingi UMNO pada pilihanraya akan datang.

“Jadi bermakna kita perlu tambah kerusi yang dipertanding oleh Gerakan, MCA dan MIC untuk memenangi sekurang-kurangnya 21 kerusi DUN dalam piliharaya umum akan datang,” katanya.

Jahara yang juga ADUN Teluk Ayer Tawar berkata jentera pilihan raya BN negeri itu sudah digerakkan bagi menghadapi pilihanraya umum.

Sementara itu, beliau menyeru rakyat Pulau Pinang terutama Melayu agar menilai semula sikap kerajaan negeri yang memerintah sejak 2008.

“Apa yang disalahguna kerajaan negeri sekarang, yang mana kita tidak boleh perbetulkan lagi di masa depan.

“Jadi, kita harus fikirkan dan minta rakyat menimbangkan sewajar-wajarnya,” lapor sebuah portal berita, Sabtu.

Sejak dua penggal lalu, pembangkang peringkat persekutuan memperoleh mandat mentadbir kerajaan negeri.

Pada ketika ini, DAP mempunyai 19 kerusi, PKR (10 kerusi) dan PAS dengan satu kerusi , manakala UMNO mempunyai 10 kerusi DUN yang dimenangi pada PRU-13 lepas.

Bagaimanapun parti komponen BN iaitu MIC, Gerakan dan MCA gagal memenangi sebarang kerusi dalam pilihanraya sebelum ini.

0 comments:

Post a Comment