Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang ingin membidas tindakan Majlis Bandaraya negeri itu (MBPP) untuk mewartakan 290 jalan bagi bayaran letak kereta.
Tindakan MBPP itu seakan menggambarkan bahawa kerajaan negeri kini semakin terdesak untuk mencari wang tambahan sehingga sanggup 'paw' poket rakyat.
Kerajaan negeri seharusnya sedar tindakan ini akan menyebabkan kesesakan di Pulau Pinang menjadi semakin kritikal kerana jalan yang tidak pernah diwartakan sebagai kawasan letak kenderaan berbayar kini akan menjadi kawasan letak kenderaan berbayar.
Sudahlah kesesakan sedia ada masih tidak dapat ditangani , kini keputusan yang dibuat oleh MBPP akan menjadi punca masalah kesesakan semakin kritikal.
Apa yang dibimbangkan adalah ini akan menjadi punca kerajaan negeri muncul dengan idea-idea baru bagi projek mega atas alasan mahu mengatasi masalah kesesakan tapi pada akhirnya bila wang sudah keluar... bayang pun tak nampak.
Tambahan pula, Kerajaan Negeri pimpinan DAP yang selama ini membidas kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) kononnya sering menjadi penyebab kos sara hidup semakin meningkat kini seharusnya mencermin diri sendiri kerana apa yang sering mereka tuding kepada pihak lain rupanya adalah amalan mereka.
Akhir sekali, saya ingin menasihati kerajaan negeri untuk mencari punca pendapatan yang lain tanpa merompak poket rakyat negeri ini.
Sekian Terima Kasih
Rafizal Abd Rahim
3 Julai 2017
0 comments:
Post a Comment