Tuesday 25 July 2017

Pemuda UMNO Desak Penjelasan Tun Mahathir – Sahfri


KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab, segala kepincangan yang telah berlaku sewaktu pentadbiran beliau dahulu dan dalam usaha terkini untuk merampas kuasa politik bagi menggapai cita-cita untuk melihat anaknya menjadi Perdana Menteri.

Penolong Setiausahanya, Datuk Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz berkata, Pemuda UMNO mendesak Tun Mahathir menghentikan usaha memecah belahkan kesatuan dan kuasa politik Melayu yang dengan jelas dan terang hanya akan membawa keuntungan kepada Dap.

“Kita mendesak Tun Mahathir mengaku dan berterus terang bahawa ‘corporate bailout’ ke atas syarikat-syarikat tertentu bagi menyelamatkan kroni-kroni beliau dan termasuk yang berkaitan dengan syarikat anak-anaknya yang memakan berbillion ringgit sewaktu tempoh pentadbiran beliau.

“Tun Mahathir perlu tampil beri kerjasama kepada Suruhanjaya Siasatan DiRaja yang sedang menyiasat kehilangan puluhan billion ringgit dalam skandal urusniaga matawang asing oleh Bank Negara sewaktu pemerintahan beliau,” ujarnya dalam satu kenyataan media.

PPUM turut mendesak Tun Mahathir yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan untuk tidak bersifat hipokrit dan munafik dalam menghentam kerajaan namun pada masa yang sama senyap dan sunyi akan kepincangan dalam Dap yang menidakkan demokrasi dan menindas hak hak ahli mereka bagi mengekalkan kuasa rejim Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

“PPUM mendesak Tun Mahathir mengakui bahawa Parti Pribumi yang hanya mempunyai satu kerusi Parlimen tidak menguasai Pakatan Harapan dari segi dasar dan hala tuju.

“Selaku gerakan yang kecil, terpencil dan lemah, Pribumi bergantung nasib kepada Dap seterusnya matlamat dan tindakan sebenarnya ditentukan oleh Dap selaku parti terkuat dalam Pakatan Harapan,” ujarnya lagi.


0 comments:

Post a Comment