Thursday 27 July 2017

Pemuda UMNO Pulau Pinang Minta Semua Persatuan,Persatuan Belia, NGO untuk Mendatangani IBR


Pemuda UMNO Pulau Pinang akan meminta semua Persatuan/ Persatuan Belia/ NGO lain yang 'mesra umno' untuk menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) walaupun tanpa dijemput oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mahupun Malaysia Corruption Watch.

Kami tidaklah seperti pemimpin utama Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang memerlukan jemputan rasmi untuk menandatangi IBR tersebut. Sebenarnya alasan tiada jemputan rasmi dan sebagainya merupakan 'helah' Ketua Menteri Pulau Pinang agar beliau tidak perlu menandatangi IBR tersebut. Beliau sedar bahawa beliau telah terpalit dengan skandal banglow yang di beli dibawah harga pasaran dan pelbagai salah laku dalam urusan tender dan penjualan tanah milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Sekali lagi rakyat dapat melihat slogan CAT hanya tinggal slogan sahaja apabila beliau tidak berani tampil untuk memperlihatkan kesungguhan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membasmi rasuah dan salah guna kuasa.

Sebaliknya, kami akan hadir tanpa dijemput untuk sama sama menandatangani IBR demi memperlihatkan keikhlasan, komitmen dan keinginan kami untuk berkhidmat kepada rakyat Pulau Pinang dalam suasana yang bebas rasuah.

Sekian Terima Kasih

Kenyataan Media Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang

Rafizal Abd Rahim
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Pulau Pinang

26 Julai 2017

0 comments:

Post a Comment