Saturday 29 July 2017

Rafizal Kecewa Tuduhan Zunar Terhadap Pemuda UMNO P.Pinang


Kenyataan Media Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang

Kita berasa amat dukacita kerana Zunar terpaksa membatalkan pameran beliau pada 30 Julai 2017. Kita juga berasa amat kecewa dan dukacita kerana dituduh akan membuat  kacau bilau pada pameran tersebut. Ini hanyalah andaian dan tuduhan liar daripada seorang pelukis karton yang tidak beretika, biadab dan kurang ajar.

Pemuda UMNO tidak langsung mempunyai masalah jika beliau mempamerkan ratusan atau ribuan hasil lukisan beliau. Tetapi kami punyai masalah jika lukisan itu menyentuh dan mempersendakan pemimpin kami. Ini sajalah niat kami untuk turun melihat pameran beliau,tiada langsung niat untuk membuat kacau bilau.


Kami juga ingin mengingatkan Zunar untuk tidak mempertikaikan kewibawaan pihak PDRM dengan mengatakan bahawa mereka tidak akan mengambil tindakan terhadap Pemuda UMNO. Beliau perlu buat sedikit penyelidikan, carian melalui internet dan beliau akan tahu bahawa Pemuda UMNO Pulau Pinang pernah di bawa ke muka pengadilan  dan diambil tindakan ekoran tindak tanduk kami. 

Akhir Sekali kami berharap Zunar tidak akan 'serik' untuk terus mempamerkan hasil lukisan beliau. Kami akan sentiasa menyokong dan membantu untuk mempromosikan pameran beliau jika ianya tidak mempersendakan dan memperlekehkan gambar pemimpin kami 

Sekian 

Terima Kasih

Rafizal Abd Rahim 

29 Julai 2017

0 comments:

Post a Comment