Friday 14 July 2017

Tenggelam Lagi Apa Tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang ?


Pulau Pinang - Hujan lebat yang melanda Pulau Pinang malam tadi sekali lagi telah menyebabkan berlakunya banjir kilat di beberapa kawasan di negeri itu.

Merujuk kepada laporan yang disiarkan oleh utusan online , urucakap bomba negeri berkata, hujan yang bermula kira-kira pukul 5 pagi itu telah menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air antara satu hingga tiga kaki.

“Kami menerima panggilan orang awam antara pukul 6.03 hingga 6.14 pagi dan anggota dari Bayan Baru dan Jalan Perak digegaskan ke Jalan Sultan Azlan Shah dan di hadapan Stadium Mini Sungai Ara, Bayan Lepas.

“Pemantauan mendapati, air di Jalan Sultan Azlan Shah surut kira-kira pukul 7.53 pagi manakala kejadian banjir di stadium mula reda 7.17 pagi,” katanya.

Walaupun keadaan paras air dilaporkan mula surut pada awal pagi namun rata-rata penduduk yang mengalami banjir kilat kali ini terus mengeluh kerana kerosakan harta benda selain tekanan kerana perlu membuat persediaan akibat paras air mula naik sejak awal pagi tadi.




Merujuk kepada kenyataan Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow yang disiarkan oleh astro awani pada 3 April 2017 yang lalu , beliau berkata Kerajaan DAP Pulau Pinang memerlukan masa lebih tiga tahun sebelum kesemua projek mengatasi masalah banjir dapat disiapkan sepenuhnya.

Isunya kenapa ianya memerlukan tempoh masa yang begitu panjang sedangkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Harapan telah mentadbir Pulau Pinang sejak dari 2008 yang lalu ?

Selain daripada itu adalah sesuatu yang amat mustahil sekiranya isu membabitkan peruntukan dan dana menjadi alasan kerajaan negeri memandangkan Ketua Menteri Pulau Pinang sudah pun mengesahkan bahawa kerajaan negeri mempunyai peruntukan dan dana yang mencukupi.

Malahan Kerajaan Persekutuan sudah pun menyalurkan dana kepada negeri Pulau Pinang berjumlah RM950.44 juta sejak tahun 2011 hingga 2015 dan ianya sentiasa berterusan dari masa ke semasa.

Pada ketika dana-dana ini diperuntukan kepada negeri Pulau Pinang , Kerajaan Persekutuan juga turut membangunkan projek-projek lain merujuk kepada keperluan rakyat seperti pembinaan sekolah, hospital, jalan raya, rumah mampu milik, projek perumahan rakyat, pejabat polis dan projek lain yang jumlahnya berbilion ringgit.

Melihat kepada perancangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejak 2008 yang lalu , isu menangani banjir kilat ini dilihat sebagai satu kegagalan kerajaan negeri memandangkan sudah terlalu banyak perancangan yang diwar-warkan kepada rakyat masih lagi gagal menyelesaikan masalah berbangkit yang jelas menghantui warga Pulau Pinang khususnya di bahagian pulau.

0 comments:

Post a Comment