PULAU PINANG – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Datuk Sr. Muhamad Farid Saad berkata, tindak-tanduk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang cuba berselindung di sebalik telunjuk akhirnya gagal apabila terpaksa mengakui bahawa hutang kerajaan negeri berjaya dikurangkan dek kerana bantuan daripada Kerajaan Persekutuan.
Jelas beliau, jika sebelum ini Guan Eng begitu lantang dan cakap besar di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kononnya hutang negeri terbabit dapat dikurangkan disebabkan amalan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), maka kini terpaksa menelan segala pembohongan dan malu sendiri apabila kebenaran telah terbongkar.
“Sebelum ini sikap Guan Eng yang ibarat anjing ditepuk menjongket ekor, sering mendapat nama dari lelah orang lain terpaksa mengakui kebenaran bahawa Kerajaan Persekutuanlah yang membantu mengurangkan hutang kerajaan negeri.
“Jika tidak kerana Kerajaan Persekutuan mengubah hutang air Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) berjumlah RM655.24 juta kepada pembayaran secara ansuran tahunan sebanyak 45 kali melibatkan RM14.56 juta setahun mana mungkin hutang kerajaan negeri berkurangan.
“Dengan terbongkarnya satu lagi sikap buruk Dap maka tidak hairanlah jika mereka sanggup membeli anugerah hanya semata-mata mahu mempamerkan kepada rakyat kononnya pentadbiran mereka adalah yang terbaik”.
Tambah Farid, inilah sikap Dap yang suka putar-belit dan bila tembelang sudah pecah, tidak mampu lagi untuk menuding jari, akhirnya terpaksa mengakui kebenaran.
“Jika kita imbas kembali kenyataan Guan Eng pada 6 Ogos lalu yang mengatakan kerajaan negeri tidak mendapat mendapat sebarang bantuan daripada Kerajaan Persekutuan apabila semua bayaran hutang dijelaskan tepat pada masanya.
“Kononnya kerajaan negeri mempunyai kemampuan untuk membayar hutang dan bukannya seperti negeri lain kerana pihak Pulau Pinang ditadbir dengan baik dan mempunyai rekod lebihan perolehan tahunan sejak 2008. Pulau Pinang berjaya mengurangkan hutangnya ke tahap RM65 juta pada hujung 2016 dan terus mengekalkan status sedemikian dengan peratusan yang tinggi.
“Kita pernah menegur kerajaan negeri dalam sidang DUN tentang isu hutang ini tapi Guang Eng tidak mengendahkannya malah terus mempertahankan bahawa itu adalah kejayaan kerajaan negeri, tapi kini sudah terang lagi bersuluh, Guan Eng hanya bermain politik dan terlupa segala pembohongannya akan terbongkar,” katanya lagi.
Pembohongan Dap bukan sahaja berkaitan isu kerana kos projek terowong dasar laut… kos unjuran Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) turut dipertikaikan apabila kos yang dikatakan menelan belanja sebanyak RM27 bilion, tiba-tiba meningkat kepada RM46 bilion.
“Begitu juga dengan salah kira pemilihan CEC, semuanya ada ‘kong kali kong’.
“Jadi saya berharap rakyat jangan lagi terpedaya dengan tipu muslihat Dap yang kini sebenarnya telah terdesak untuk mendapat kepercayaan mereka,” katanya lagi.
0 comments:
Post a Comment