KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shahbudin Yahaya menyifatkan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Dap umpama kerajaan badut yang sentiasa menimbulkan kelucuan seperti tersalah kira, tersalah jumlah projek, beli rumah tiada kolam renang dan terbaru tidak sedar menerima anugerah palsu.
Jelas beliau, ini jelas dapat dilihat apabila akhirnya kerajaan negeri terpaksa mengakui bahawa anugerah yang diterima daripada Europe Business Assembly (EBA) adalah tidak diiktiraf dan ianya berbayar.
“Setelah diasak akhirnya mereka mengakui terpaksa membayar untuk mendapat anugerah tersebut.
“Kini, saya mencadangkan agar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bersifat ‘gentleman’ dengan menjelaskan kekeliruan yang berlaku.
“Jika sebelum ini dia begitu agresif di Parlimen meminta kerajaan menjawab segala persoalan dan apabila tidak berpuas hati meminta ditubuhkan suruhanjaya siasatan, jadi dalam hal ini jika ‘gentleman’, jelaskan secara sukarela bagaimana mereka boleh melakukan kesilapan sebegini.”
Tambah Shabudin, sebenarnya kekeliruan fakta ini bukanlah sesuatu yang asing dengan Dap kerana Dap sememangnya sinonim dengan manipulasi fakta seperti fakta pembinaan terowong, fakta salah kira undi CEC dan macam-macam lagi.
“Maka, jika kali ini mereka memberi alasan tidak sedar bahawa anugerah ini palsu maka ia adalah perkara biasa bagi melepaskan tengkuk sendiri.
“Mana mungkin mereka tidak tahu ianya palsu kerana anugerah ini perlu dibayar malah kerajaan negeri mempunyai keupayaan untuk menyiasat sebelum membuat pembayaran.
“Atau mungkin kerana terdesak dan mahu orang melihat mereka adalah yang terbaik maka mereka sanggup membuat pembohongan membeli anugerah tersebut agar dapat pujian daripada rakyat. Mereka tidak sangka bangkai gajah yang ditutup akan terhidu juga akhirnya,” bidasnya lagi.
Justeru beliau mendesak Guan Eng untuk menjawab sekiranya benar mereka tidak sedar anugerah ini palsu, apakah kriteria yang digunapakai oleh EBA sehingga Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) diiktiraf yang terbaik dan bilakah kajian tersebut dilakukan.
Jika kerajaan negeri tidak mampu menjawab maka terbuktilah bahawa Guan Eng memang langsung tiada kredibliti dalam mengurus nama baik negeri Pulau Pinang.
Baru-baru ini media mendedahkan anugerah EBA yang diterima MBPP dan MPSP pada 2013 dan 2014 adalah anugerah yang ‘boleh dibeli dengan wang.’
Datuk Bandar MBPP Datuk Maimunah Mohd Sharif dalam kenyataannya Sabtu berkata, pihaknya tidak menyedari EBA adalah sebuah badan antarabangsa yang mengaut keuntungan dengan menjual anugerah dan sijil palsu berikutan tidak melihat sebarang perkara mencurigakan ketika menerima pengiktirafan.
Maimunah berkata, pada 2013 MPPP dicalonkan untuk menerima anugerah ‘The Best Cities’ dan ‘The Best Municipal Manager’ daripada EBA dengan membayar yuran penyertaan sebanyak RM20,680. Sementara pada 2014, MPSP dicalonkan dalam ‘Best City’ dan ‘Best City Manager’ dengan yuran penyertaan sebanyak RM18,408.10.
0 comments:
Post a Comment