Saturday 19 August 2017

Contohi Pak Lah, Tidak Pernah Tikam Belakang UMNO


Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi disifatkan sebagai pemimpin contoh kerana tidak pernah menikam UMNO dan Barisan Nasional (BN) dari belakang, walaupun sudah tidak lagi mempunyai jawatan dalam parti,

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata sebagai bekas Presiden UMNO, Abdullah juga tidak pernah memberikan kenyataan negatif mengenai parti dan sifat reda yang ada pada diri bekas Perdana Menteri itu wajar dipuji.

“Kita tengok Pak Lah, beliau pernah jadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, beliau adalah contoh terbaik kepada kita kerana tidak pernah tikam UMNO dari belakang.

“Malah, Pak Lah juga tidak pernah memberi komen negatif terhadap kepemimpinan sedia ada pada ketika ini,” katanya Timbalan Perdana Menteri itu.

Beliau berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tasek Gelugor, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, semua pemimpin dan ahli UMNO perlu mencontohi sikap Abdullah yang disifatkan walak atau mempunyai semangat kesetiaan yang tinggi.

“Orang baharu tidak pernah melupakan pemimpin lama tetapi pemimpin lama juga perlu sayang kepada orang baharu. Keadaan macam ini barulah betul,” katanya.

0 comments:

Post a Comment