Wednesday, 16 August 2017

Jangan Sesekali Robohkan UMNO Sekiranya Tidak Tahu Kenapa UMNO Di Wujudkan - YB Datuk Shabudin Yahaya


Tasek Gelugor - Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor merangkap Ahli Parlimen Tasek Gelugor mengingatkan semua pihak agar jangan sesekali meroboh tembok sekiranya tidak tahu mengapa dan apakah tujuan ianya dibina.

YB Datuk Shabudin Yahaya mengulas bahawa tugas ahli-ahli UMNO pada hari ini bukan mudah kerana berdepan dengan pelbagai asakan sama ada dari segi politik dan juga hal melibatkan kepentingan rakyat.Perkembangan dunia media sosial khususnya bukan sahaja membawa manfaat kepada rakyat tetapi juga mengundang pelbagai perkara negatif termasuklah fitnah yang berleluasa sehingga membahayakan kedudukan negara Malaysia khususnya.

Bagi mendepani cabaran-cabaran ini , ahli UMNO harus bangkit menjadi pertahanan paling ampuh kepada parti keramat UMNO.

Ahli UMNO mesti sayangkan bangsanya kerana tanpa kedua-duanya perjuangan kita akan tersalah arah seperti mana yang sedang berlaku terhadap mereka-mereka yang kini bersama dengan parti-parti pembangkang yang lain.

"Ingatlah orang Melayu bangsa yang mulia , UMNO telah menjadi platform kepada kesungguhan orang Melayu untuk terus membela nasib Bangsa , Agama dan Negara sehinggalah semua orang dapat hidup dengan selesa kerana Allah swt merahmati perjuangan UMNO" 

"Jangan sesekali berasa diri kerdil , ahli UMNO harus bangkit atas semangat Melayu dan ingatlah asal usul kita demi bangsa Melayu dan generasi kita seterusnya " tegasnya lagi.

UMNO bukan rasis ! Shabudin mengulas bahawa mempertahankan Bangsa , Agama dan Negara seperti mana yang dilakukan oleh parti UMNO pada hari ini bukanlah bermakna parti itu mengamalkan dasar perkauman.

Rasis hanya berlaku apabila satu-satu kaum itu mula menindas kaum-kaum lain dan mengamalkan kepercayaan bahawa hanya bangsanya sahaja yang dianggap unggul atau bangsa terhebat.Mereka ini mengamalkan kepercayaan prejudis bahawa satu bangsa adalah lebih tinggi darjatnya dari bangsa yang lain berbeza sama sekali dengan apa yang dipraktikkan oleh UMNO.

Dasar Perlembagaan Persekutuan jelas merangkumi semua sudut termasuklah menghormati hak-hak semua bangsa tanpa menidakkan hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam.Ianya jelas menjadi asas kepada apa yang kita miliki pada hari ini.

Malaysia dengan kepelbagaian etnik dan agama sudah pun membuktikan kepada dunia betapa budaya hidup serumpun dengan masyarakat majmuk adalah teras yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang disegani.

Semua pihak sedar bahawa cabaran kehidupan sosial yang dihadapi pada masa kini amat berat , ditambah pula dengan kemunculan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang sentiasa berusaha untuk merosakkan perpaduan yang selama ini kita pelihara.

Justeru itu ahli UMNO perlu memelihara geopolitik Islam dan Melayu di Malaysia , jangan pandang mudah kekuatan politik yang dimiliki pembangkang pada hari ini kerana kelalaian orang-orang Melayu dan ahli UMNO pastinya akan mengundang padah.

UMNO perlu terus pertahankan semua kerusi yang kita miliki selama ini selain berusaha untuk menang lebih banyak kerusi-kerusi lain agar tiap usaha kita mampu membawa kesejahteraan kepada orang Melayu dan semua bangsa lain di Malaysia.

Sebagai ahli UMNO kita bukan sahaja bertanggungjawab terhadap nasib generasi selepas kita tetapi juga kepada seluruh warga Malaysia dan kerana itu jangan sesekali merobohkan UMNO sekiranya kita tidak tahu kenapa UMNO di wujudkan.

0 comments:

Post a Comment