Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mengganggap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai tidak ikhlas menandatangi Ikrar Bebas Rasuah (IBR) susulan mengecualikan wakil rakyat mereka dalam majlis berkenaan.
ADUN Pulau Betong, Datuk Muhammad Farid Saad berkata sikap kerajaan negeri diterajui DAP itu yang menyisihkan wakil BN seolah-olah Pakatan Harapan sahaja yang galak untuk membanteras rasuah.
“Saya rasa sewajarnya kalau dia nak buat dengan ikhlas, tidak berpura-pura, tidak berpolitik, dia perlu jemput dan kami akan buat keputusan untuk datang ataupun tidak. Bukan dia membuat andaian kami kalau jemput pun tidak datang.
“Itu saya rasa dia lebih nak menjadikan seolah-olah hanya pakatan sahaja yang menyokong IBR ini dan tidak BN. Patutnya dia menjemput sekali kami. Kita difahamkan yang dia kata kalau dijemput pun kami tak datang. Siapa dia untuk menghakimi kami datang atau tak datang” ?
Bagaimanapun Farid berkata seluruh ahli BN di negeri itu akan terus mendokong inisiatif yang dibawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha membanteras musuh nombor satu negara itu.
Jumaat lalu, kerajaan Pulau Pinang akhirnya menandatangani IBR dengan tambahan 10 langkah integriti selepas sekian lama berdolak dalih.
Bagaimanapun, majlis berkenaan menimbulkan tanda tanya ekoran tidak disertai wakil rakyat BN dan dipercayai tidak menerima sebarang undangan rasmi daripada kerajaan negeri.
Lafaz ikrar yang diketuai Guan Eng itu disaksikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad serta Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki.
0 comments:
Post a Comment