Monday 14 August 2017

Mahathir Yang Tak Jawab Soalan , Najib Pula Di Tuduh


GEORGETOWN - Pemuda UMNO mengecam kenyataan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengaitkan kekecohan pada forum Nothing To Hide 2.0 dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kenyataan yang dimuatkan dalam laman Facebook beliau itu turut menuduh Perdana Menteri menggunakan gangster untuk membuat huru-hara pada forum tersebut.

Tuduhan itu dibuat secara tidak bertanggungjawab dan tanpa usul periksa.

Malah Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor juga secara tidak sopan telah menggelar Perdana Menteri sebagai pengecut kerana kerana tidak melayani undangan menyertai forum berkenaan.

Tindakan Perdana Menteri itu tepat kerana terbukti forum berkenaan dihadiri oleh golongan yang tidak bertamadun dan mempunyai niat yang terselindung.

Soalan peserta tidak dijawab secara tulus dan benar oleh Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad langsung tidak menepati konsep 'nothing to hide'.

Dr Mahathir tidak perlu berselindung jika beliau berada di pihak yang benar dengan menjawab persoalan apakah benar tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan apakah beliau bertangungjawab terhadap Tragedi Memali.

Kegagalan menjawab persoalan menyebabkan beliau layak dibaling dengan kasut oleh peserta yang tertipu dengan program yang sebenarnya 'everything to hide'.

Pemuda UMNO kesal kerana penganjur program adalah Armada, yang bertanya soalan adalah ahli Armada, yang tak menjawab soalan Pengerusi Armada, yang baling kasut dan bergaduh ahli Armada tetapi kenapa Perdana Menteri dan UMNO yang dipersalahkan?

Mohamed Azmin tidak perlu menuduh pihak lain sebagai punca. Tidak perlu menjadikan Perdana Menteri dan UMNO sebagai kambing hitam. 

Periksa dahulu sebelum membuat tuduhan!

Akuilah hakikat bahawa pakatan pembangkang memang sinonim dengan budaya jalanan dan sudah dipengaruhi dengan politik samseng.

Pemuda UMNO mendesak Mohamed Azmin menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli UMNO.

Sekiranya gagal berbuat demikian, ternyata Mohamed Azmin adalah seorang yang benar-benar pengecut dan mengamalkan politik fitnah.

JASMIN NOORDIN

Naib Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jelutong

14 OGOS 2017

0 comments:

Post a Comment