Friday 4 August 2017

Pemuda UMNO P.Pinang Serah Memorandum Desak Lim Guan Eng Letak Jawatan


Georgetown - Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang hari ini menyerahkan memorandum kepada kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki bagi mendesak badan tersebut mempercepatkan siasatan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang kini terpalit dengan isu-isu rasuah.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang , Saudara Rafizal Abdul Rahim dalam kenyataannya berkata memorandum itu diserahkan kepada SPRM supaya siasatan terhadap isu rasuah membabitkan pimpinan dan kerajaan negeri dapat dipercepatkan.

Pemuda juga mendesak Lim Guan Eng supaya meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri.

Desakan itu dibuat selepas kerajaan negeri Pulau Pinang diketuai Lim Guan Eng menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) awal pagi tadi.

“Apabila beliau menandatangani IBR, beliau secara tidak langsung mengesahkan beliau orang yang bersih dan tidak terpalit dengan salah laku dan rasuah, sedangkan beliau masih berhadapan dengan kes mahkamah berkaitan rasuah. Jadi kami minta ketua menteri letak jawatan,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum hari ini."

Rafizal sewaktu ditemui berkata sejajar dengan proses menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh kerajaan negeri yang di ketuai oleh Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri hari ini , tindakan meletakan jawatan adalah pilihan yang terbaik memandangkan beliau sudah pun menandatangani ikrar terbabit seterusnya mengesahkan beliau bebas dari sebarang perlakuan rasuah namun dalam masa yang sama pertuduhan di mahkamah berkaitan isu rasuah dan salah guna kuasa yang dihadapinya menimbulkan banyak tanda tanya.

Bagaimana seorang Ketua Menteri yang berdepan pertuduhan salah guna kuasa dan rasuah boleh menandatangi IBR sedangkan beliau masih belum dibuktikan bebas daripada pertuduhan tersebut ?

Oleh kerana itu maka Lim Guan Eng seharusnya meletakkan jawatan dan membiarkan proses perundangan berjalan bukan mendabik dada kononnya mereka begitu telus dengan slogan CAT dan sekali lagi bermain wayang politik.


0 comments:

Post a Comment